Accessibility Tools

Image
LEMBAGA PELABUHAN JOHOR

HUBUNGI KAMI

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Tel: +607-253-4000
Fax: +607-251-7684
Emel: admin@lpj.gov.my

Media Sosial Kami

Select your language

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 - Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengetuai perbincangan berkaitan cadangan pelaksanaan rangka kerja (framework) Port Green Incentive / Tariff Blueprint di Malaysia. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Monaliza binti Suhaimi, Pengurus Besar LPJ.
 
Seramai 14 pegawai menghadiri sesi perbincangan ini yang terdiri daripada wakil LPJ, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB).
 
Rangka kerja ini bertujuan untuk mencadangkan insentif kepada syarikat yang melaksanakan aktiviti pelabuhan, perkapalan, logistik dan maritim yang mesra alam. Ini termasuk penggunaan teknologi hijau dan pematuhan piawaian antarabangsa (IMO) serta negara.
 
Impak yang disasarkan daripada inisiatif ini adalah untuk menggalakkan pelaksanaan program dan inisiatif decarbonization, yang bertujuan mengurangkan impak alam sekitar di kawasan pelabuhan, perairan pelabuhan dan komuniti setempat. Ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sehingga 45% pada tahun 2030 dan seterusnya mencapai Net Zero Carbon menjelang tahun 2050.

PAUTAN

KM
KPM
JPB
PTP
KASTAM
IMI
MARIN
MDEC
MASA

Pautan

Hubungi Kami

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia

+607-253-4000

+607-251-7684

Waktu Bekerja

  • Isnin-Jumaat
    08:00-17:00
  • Waktu Rehat Isnin-Khamis
    13:00-14:00
  • Waktu Rehat Jumaat
    12:15-14:45
  • Sabtu-Ahad
    Tutup
  • Cuti Am
    Tutup

Kemaskini Terakhir

Terkini: Selasa 22 April 2025, 07:43:43.

Pencapaian

Cert1
Cert2
Cert3

Lembaga Pelabuhan Johor

EDSL Publication Publicising