
LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
HUBUNGI KAMI
Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Tel: +607-253-4000
Fax: +607-251-7684
Emel: admin@lpj.gov.my
Accessibility Tools
Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Tel: +607-253-4000
Fax: +607-251-7684
Emel: admin@lpj.gov.my
Pasir Gudang, April 2025 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah berjaya memperoleh pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS), yang berkuat kuasa mulai 31 Disember 2024. Pensijilan ini diberikan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd, sebuah badan penilai yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia.
Dalam usaha memperoleh pensijilan ini, LPJ telah melalui proses audit yang menyeluruh dan teliti bagi memastikan setiap dasar, prosedur dan sistem kawalan dalaman mematuhi keperluan ketat yang digariskan di bawah standard ABMS tersebut.
Penganugerahan pensijilan ini merupakan satu pengiktirafan penting terhadap komitmen berterusan LPJ dalam membudayakan integriti, meningkatkan tadbir urus korporat dan mencegah sebarang bentuk rasuah dalam operasi organisasinya.
LPJ yakin bahawa pelaksanaan sistem pengurusan antirasuah yang berstruktur dan sistematik ini akan memperkukuhkan lagi kepercayaan pihak berkepentingan serta memberi nilai tambah terhadap reputasi organisasi sebagai badan kawal selia pelabuhan yang telus dan berwibawa.
PASIR GUDANG, 16 Julai 2024 – Sesi lawatan tapak bagi Projek Rintis Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi penggunaan biodiesel adunan B20 untuk sektor industri pelabuhan dan maritim bersama Lembaga Pelabuhan Johor dan Petronas Lubricant (PLMM) ke Bahagian Penyelenggaraan dan Pembaikan (M&R) Johor Port Berhad.
Sesi lawatan tapak kali kedua ini adalah bertujuan bagi pengambilan sampel minyak adunan B7, sampel minyak pelincir dan penapis-penapis minyak serta meninjau keadaan tangki diesel jentera rubber tyred gantry (RTG). Perbincangan juga turut diadakan bagi mengenalpasti dapatan penggunaan biodiesel B7 dan perancangan peralihan ke adunan biodiesel B20. Selaras dengan dasar-dasar Kerajaan, pihak LPJ komited dalam menyokong usaha-usaha ke arah penggunaan bahan api bersih dan rendah karbon dan pelan kelestarian tenaga.
Pegawai yang hadir ke lawatan tapak dan perbincangan adalah Encik Syahkhairul Muhammad bin Muktar, Pegawai Keselamatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta Encik Mohd Fadzli bin Asmon, Eksekutif SHE.
Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
+607-253-4000
+607-251-7684