Penganjuran Program LPJ Health Wealth 2022, merupakan salah satu program yang di rancang oleh Lembaga Pelabuhan Johor bagi memberi pendedahan serta menggalakkan warga kerja untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Program ini merupakan salah satu Produk Keluarga Malaysia LPJ 2022. Program akan melibatkan semua warga kerja LPJ berserta ahli keluarga. Penganjuran program ini telah di laksanakan pada 24 September 2022 dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan LPJ.
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan melibatkan acara Fun Run di mana semua peserta berlari sejauh 2.5 km. Selain itu, telah diadakan pemeriksaan kesihatan, taklimat kesihatan Gaya Hidup Sihat serta tawaran pengambilan Suntikan Vaksin Influenza kepada warga LPJ. Di anggarkan seramai 300 telah menghadiri program ini. Program ini telah di sempurnakan oleh Tuan Pengurus Besar LPJ, Tuan Kamaruzaman Bin Hj Munasir.