PASIR GUDANG, 18 OKTOBER 2022 – YBrs. Tuan Haji Rosnan bin Fathlal, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor pada hari ini telah berkesempatan hadir dan merasmikan Pondok Bas Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, Pasir Gudang. Pondok bas sekolah ini adalah tajaan dari LPJ bagi membantu menyediakan tempat menunggu murid-murid. Projek pembinaan telahpun bermula pada 27 Jun 2022 dan telah siap pada 27 Ogos 2022 yang lalu di bawah peruntukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LPJ CARES.
Tuan Pengerusi LPJ antara lain dalam ucapannya berkata pembinaan pondok bas ini diharap dapat membantu murid-murid menunggu kenderaan pulang dari sekolah dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat. Ini bertepatan dengan salah satu elemen dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA yang berhasrat menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat, seronok dan sihat bagi mencapai kesejahteraan masyarakat.
Beliau turut berbesar hati merasmikan program Jom Kenal Perpustakaan SK Taman Scientex. Program ini merupakan adalah usaha pihak sekolah untuk memperkasakan peranan perpustakaan dengan merealisasikan gedung ilmu yang bersifat mesra murid-murid.