Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HORIZON BAHARU, KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA 2022
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu, Kementerian Pengangkutan Malaysia yang telah di adakan pada 31 Oktober sehingga 1 November 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan Malaysia. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Normah Osman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar). Konvensyen selama dua (2) hari ini merangkumi pelbagai aktiviti yang melibatkan pembentangan hasil inovasi setiap kumpulan dan pameran projek inovasi. Konvensyen pada kali ini telah disertai oleh 12 buah kumpulan daripada pelbagai agensi bagi merebut setiap anugerah yang dipertandingkan.

Konvensyen KIK 2022 telah mempertandingkan empat (4) kategori anugerah iaitu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Berkumpulan, Kategori Khas Inovasi, Kategori Persembahan Terbaik dan Kategori Pameran Terbaik. Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan serta memberi impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan organisasi yang merangkumi aspek teknikal dan penyampaian perkhidmatan demi menghasilkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

LPJ menerusi kumpulan FASTRACK yang diketuai oleh En. Mohd Zahari bin Mohd Rusjuna dan 7 orang ahli iaitu En. Ahmad Salhin bin Mustapa, En. Arzanizam bin Mohammad, En. Ezat Iskandar bin Monzani, En. Mohd Hazrik bin Kamaruzaman, En. Mohd Lotfi bin Puniran, Cik Norlis Izmah binti Kamarudin dan En. Abdul Aziz bin Mohamed telah membawa tajuk Port Traffic Management System (PTMS) di bawah inovasi penambahbaikan Turnaround Time Haulage di Container Yard Pelabuhan. Kumpulan FASTRACK telah berjaya menjadi Naib Johan bagi Kategori Pameran Terbaik dan menduduki tempat ke-4 secara keseluruhan.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image