Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

MESYUARAT SMIIC (STANDARDS AND METROLOGY INSTITUTE OF ISLAMIC COUNTRIES) TC 10 HALAL SUPPLY CHAIN PADA 20 OKTOBER 2022 DI ISTANBUL, TURKI
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

TURKI, 20 OKTOBER 2022- Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama Johor Port Berhad (JPB) telah dijemput oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa teknikal SMIIC TC10 Halal Supply Chain. Ia adalah rentetan penglibatan aktif LPJ & JPB dalam Jawatankuasa pembangunan standard berkaitan standard halal diperingkat kebangsaan iaitu Kumpulan Kerja Halal Logistics.

LPJ & JPB juga telah mewakili Malaysia untuk membentangkan usul baru dalam membangunkan standard berkenaan Halal Port di peringkat SMIIC / negara-negara OIC. Pembentangan telah disampaikan oleh Puan Mona Leza Abd Aziz, Pengurus LPJ. Turut hadir bersama Kapten Mohamed Halmi Bin Shahidin, Pengurus Kanan, Jabatan Kontena Terminal (JCT), JPB.

Barisan wakil Malaysia juga turut disokong oleh wakil antaranya dari Halal Development Corporation (HDC), JAKIM, Nestle (wakil Industri), MAS kargo, USIM dan UniKL. Hasil mesyuarat tersebut telah sebulat suara menyokong dan bersetuju dalam pembangunan standard Halal Port iaitu suatu standard yang boleh digunapakai dan dirujuk bersama dalam melengkapi rantaian logistik halal. Ketika ini standard halal hanya meliputi Pergudangan (warehousing), Pengangkutan (Transportation) dan Peruncitan (Retailing).

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image