Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

LPJ ANJUR PROGRAM CAREER TALK LPJ 2022
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Masai, 17 Oktober 2022 - Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan program "Career Talk" bertempat di UniKL MITEC, Bandar Seri Alam. Bertemakan Cabaran Kerjaya Pasca Endemik Covid-19, program ini telah disertai oleh 200 orang pelajar dari empat (4) buah institut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta. Mereka adalah terdiri daripada para pelajar Universiti Kuala Lumpur (MITEC), Netherlands Maritime University College (NMUC), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG).

Pihak LPJ telah menjemput beberapa orang penceramah untuk memberikan perkongsian iaitu Encik Mohd Ismadi Ismail, Pengurus Sumber Manusia LPJ, Dr. Nazry Yahaya dari Johor Port Skills Centre (JPSC), Encik Mohamad Syahmi bin Mohd Radzi, Pegawai Inisiatif Strategik & MYFutureJob Perkeso Negeri Johor, Encik Muhammad Noor Ridzuan bin Md Noor Elham, Penolong Ketua Sektor Kerjasama Industri Wilayah Selatan Talent Corporation Malaysia Berhad dan Dr N Ramzan A Rahim, Pengarah Urusan Akademi Profesional Intelek. Dalam program ini juga semua pelajar telah dibawa ke dalam Pelabuhan Pasir Gudang untuk sesi lawatan ke pelabuhan.

Program yang telah dianjurkan ini adalah melalui platform Port Centre of Excellent (PCOE) yang telah dibangunkan oleh LPJ hasil daripada kolaborasi antara pelbagai agensi dalam usaha melahirkan modal insan berkemahiran dan berinformasi. Program ini telah dijalankan sejak tahun 2015 dan terus diadakan setiap tahun sehingga kini.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image