Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

MESYUARAT ASEAN MARITIME TRANSPORT WORKING GROUP (ASEAN MTWG) KE-43 DI NHA TRANG, VIETNAM
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Mesyuarat ASEAN Maritime Transport Working Group (ASEAN-MTWG) kali ke-43 telah diadakan di Nha Trang, Vietnam pada 20-22 September 2022. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh negara Vietnam selaku tuan rumah.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Pn. Norhasliza bt. Mat Salleh, Timbalan Setiausaha Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama-sama wakil daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) iaitu En. Mohd Zahari bin Mohd Rusjuna, Pengurus Strategik & Analitik, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK), Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Institut Maritim Malaysia (MIMA) dan Malaysia Shipowners' Association (MASA).

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh delegasi-delegasi daripada negara ASEAN yang lain dan wakil daripada International Maritime Organization (IMO), Republic of Korea (ROK), Japan, India, China, United State (US), European Union (EU), World Shipping Council (WSC) dan The Federation of ASEAN Shipowners’ Association (FASA).

Mesyuarat ASEAN MTWG adalah merupakan satu platform di peringkat ASEAN bagi membincangkan pelbagai isu seperti pelan pembangunan pelabuhan, kemampanan (sustainability) , ekonomi, latihan , keselamatan (safety&security), kajian (research) dan kerjasama serantau yang melibatkan sektor pengangkutan maritim iaitu pelabuhan dan perkapalan

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image