Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

MESYUARAT ASEAN PORT ASSOCIATION (APA) MALAYSIA
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Putrajaya, 9 Ogos 2022 – Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Tuan Kamaruzaman bin Haji Munasir telah pengerusikan mesyuarat ASEAN Port Association (APA) Malaysia buat pertamanya sejak dilantik sebagai Pengerusi APA Malaysia pada bulan Julai 2022.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau telah menekankan 3 teras utama untuk menjadikan APA Malaysia terus relevan. Aktif dalam membantu pembangunan kemajuan pelabuhan merupakan teras pertama. Teras kedua ialah peningkatan kompetensi pekerja dengan menyediakan serta menganjurkan kursus-kursus dan perkongsian maklumat berkaitan pelabuhan dan yang ketiga ialah pengukuhan jaringan  untuk terus berdayasaing dan kelestarian pelabuhan.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli APA Malaysia iaitu Lembaga Pelabuhan Klang, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Northport (Malaysia) Sdn Bhd, Westport Sdn Bhd, Bintulu Port Sdn Bhd, Penang Port Sdn Bhd, Sabah Ports Sdn Bhd, dan Johor Port Berhad.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image