Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

PENYERAHAN PERALATAN PENCEGAHAN COVID-19
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

PASIR GUDANG, 31 MAC 2022 - Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada hari ini telah menyerahkan sumbangan peralatan pencegahan Covid-19 kepada 21 sekolah yang terpilih di sekitar Pasir Gudang. Peralatan pencegahan Covid-19 yang telah diserahkan adalah berupa kit ujian pantas Covid-19, pelitup muka pakai buang, cecair sanitasi tangan, dan cecair pembersih pelbagai permukaan. Kelengkapan ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Salhin bin Mustapa, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Khidmat Korporat & Pembangunann kepada wakil setiap sekolah. Beliau dalam ucapannya berkata LPJ sentiasa prihatin dalam usaha menangani penularan Covid-19 khususnya di peringkat sekolah. Program seumpama ini juga telah dilaksanakan semenjak tahun 2020 dan telah memberi manfaat kepada sekolah-sekolah di kawasan Pasir Gudang serta Gelang Patah. Beliau turut berkata dengan penyerahan sumbangan pada hari ini diharap akan dapat membantu pihak sekolah dalam menjalani sesi persekolahan yang akan masuk ke peralihan endemik bermula 1 April ini.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image