Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

KENYATAAN MEDIA : LEMBAGA PELABUHAN JOHOR DAN PELABUHAN TANJUNG PELEPAS BEKERJASAMA MEMBUKA PPVIN UNTUK PEKERJA INDUSTRI MARITIM DAN LOGISTIK DI JOHOR
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

 

 

 

KENYATAAN MEDIA:

LEMBAGA PELABUHAN JOHOR DAN PELABUHAN TANJUNG PELEPAS BEKERJASAMA MEMBUKA PPVIN UNTUK PEKERJA INDUSTRI MARITIM DAN LOGISTIK DI JOHOR

 

3 Ogos 2021, Gelang Patah –– Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), anggota Kumpulan MMC telah menubuhkan Pusat Pemberian Vaksin Industri  (PPVIN) untuk pekerja sektor maritim dan logistik, untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Program ini merupakan inisiatif bersama di antara  Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan LPJ dan PTP bertindak sebagai tuan rumah bersama untuk PPVIN.

Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, PPVIN yang terletak di Wisma B, PTP akan beroperasi dari 3 Ogos 2021, hari ini hingga 11 Oktober 2021. Pusat ini akan menampung sehingga 1,000 kapasiti setiap hari dan kira-kira 27,000 penerima vaksin sehingga akhir program.

PPVIN baharu tersebut turut dilawati oleh YB Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan. Turut bersama beliau semasa sesi lawatan adalah YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan, Tuan Haji Rosnan Bin Fathlal, Pengerusi LPJ dan beberapa pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan negeri Johor.

Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong berkata tujuan pusat ini dan PPVIN lain di seluruh negara adalah untuk membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan memastikan bahawa pekerja barisan hadapan di sektor maritim dan logistik, khususnya di Johor diberi vaksin secepat mungkin.

"Kesediaan LPJ dan PTP, bergerak proaktif dalam memastikan kejayaan usaha ini serta lokasi strategik PTP yang dikelilingi oleh kawasan perindustrian telah membantu kami membuat keputusan dan koordinasi lebih lanjut dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk mengurangkan kesan pandemik COVID 19 dengan cepat".

"PPVIN tidak hanya akan memberi manfaat kepada ekonomi barisan hadapan termasuk pekerja, kontraktor, pelanggan, pihak berkepentingan dan pemain industri lain di Johor tetapi juga untuk melancarkan pergerakan barangan dalam rantaian logistik dengan selamat dalam memacu kesejahteraan ekonomi negara," tambahnya.

Kamaruzaman Bin Hj Munasir, Pengurus Besar LPJ semasa pelancaran PPVIN menyatakan bahawa memandangkan Sektor Pengangkutan & Logistik telah diklasifikasikan sebagai perkhidmatan penting oleh MOT dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), adalah penting bagi pihak berkuasa pelabuhan untuk bekerjasama dengan operator pelabuhan dan pihak berkepentingan lain dalam mengambil langkah proaktif bagi memastikan aktiviti harian tidak terjejas. Beliau menzahirkan berbanyak terima kasih kepada MOT yang menyokong penuh permohonan LPJ dan PTP untuk membuka PPVIN di PTP dan seterusnya mengangkat permohonan ini ke MOSTI dan CITF untuk kelulusan.

"Oleh itu, pembukaan industri PPVIN ini adalah contoh sinergi yang baik antara pihak berkuasa dan operator pelabuhan untuk bekerjasama dalam memerangi wabak pandemik global ini dan menyediakan persekitaran kerja yang selamat bagi mereka yang bekerja di sektor ini."

Marco Neelsen, Ketua Pegawai Eksekutif PTP menyatakan bahawa PTP sangat berterima kasih kerana pihak MOT, MOSTI, KKM, CITF dan Kerajaan Negeri Johor telah memberi persetujuan untuk membuka pusat PPVIN sementara di premisnya untuk membantu populasi sektor industri maritim dan logistik yang besar ini dalam memerangi pandemik tersebut.

“PTP memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk terlibat dalam PICK dalam memberi khidmat kepada negeri Johor dan negara. Lokasi pelabuhan yang strategik dengan kemudahan yang canggih dan moden menjadikannya lebih mudah dan selesa untuk menampung keperluan penerima vaksin yang pelbagai lapisan. "

"Pembukaan PPVIN tidak hanya akan memenuhi komitmen LPJ dan PTP dalam memberi khidmat kepada negeri Johor dan negara dalam mencapai imuniti kelompok untuk mengakhiri pandemik tersebut tetapi juga untuk memperluas jangkauan CSR kami ke arah kelestarian masyarakat sekitar dengan penyertaan proaktif kakitangan kami sebagai sukarelawan pusat PPVIN sepanjang program ini. "

Bercakap mengenai pengedaran vaksin, Marco Neelsen juga menjelaskan bahawa sebagai operator pelabuhan & Zon Bebas di Malaysia yang terkemuka, PTP kini menggaji lebih daripada 5,000 pekerja dengan tambahan kira-kira 1,000 hingga 3,000 kontraktor yang bekerja di terminal kami setiap hari. Selain itu, Zon Bebas PTP, yang terletak bersebelahan dengan terminal juga menjadi pusat global dan serantau yang sangat penting bagi Malaysia dan khususnya Johor sehingga menempatkan lebih dari 40 syarikat yang memberikan pekerjaan kepada 11,000 orang di sekitarnya.

"Oleh itu, kami sangat gembira kerana permintaan dan tawaran kami untuk membuka PPVIN untuk populasi besar industri ini dan pada masa yang sama dapat membantu dan menampung pekerja sektor lain yang berkaitan di Johor untuk mendapatkan vaksin mereka yang sangat diperlukan," tambahnya.

###########

 

Mengenai Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) adalah sebuah badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan pada 1 Januari 1975 di bawah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1963 dan melaporkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). LPJ berfungsi dalam mengawal selia pelabuhan yang dipertanggungjawabkan dan memudahcara operasi pelabuhan bagi memastikan operasi di pelabuhan berjalan dengan lancar, memudah cara perdagangan di dalam pelabuhan dan melesenkan aktiviti - aktiviti yang berkaitan dengan maritim.

Malaysia’s Southern Gateways ialah motto yang digunakan bagi mempromosikan Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Pelabuhan-pelabuhan ini merupakan hab maritim yang menghubungkan kawasan Selatan Malaysia ke rangkaian jaringan global perniagaan antarabangsa.

Tentang Pelabuhan Tanjung Pelepas

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) adalah terminal kontena terbesar di Malaysia. Pelabuhan ini memberikan perkhidmatan yang boleh dipercayai, cekap dan maju ke rangkaian perkapalan utama dan pengendali kontena, yang memberikan pengirim di Malaysia dan luar negara jaringan yang luas ke pasaran global. PTP adalah usaha sama antara MMC Corporation Berhad (70%), kumpulan utiliti dan infrastruktur dan Terminal APM (30%), kumpulan pelabuhan global terkemuka dengan rangkaian pelabuhan global di 62 buah negara.

Mengenai MMC Corporation Berhad

MMC Corporation Berhad (MMC) adalah kumpulan utiliti dan infrastruktur terkemuka dengan pelbagai perniagaan di bawah tiga bahagian, iaitu pelabuhan & logistik, tenaga & utiliti dan kejuruteraan & pembinaan.

Perniagaan utamanya di bawah bahagian Pelabuhan dan Logistik merangkumi operasi Port of Tanjung Pelepas Sdn Bhd (terminal kontena terbesar di Malaysia), Johor Port Berhad (pelabuhan pelbagai guna terkemuka di Malaysia), Northport (Malaysia) Bhd dan Kontena Nasional Berhad. Selain itu, MMC memperluaskan operasinya ke Arab Saudi melalui kepentingan bersekutu di Red Sea Gateway Terminal Company Limited, terminal pelabuhan kontena di Pelabuhan Jeddah.

MMC memiliki dan mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, hab penerbangan utama dan pintu masuk pengangkutan udara utama ke Iskandar Malaysia. Mengelilingi lapangan terbang adalah kawasan seluas lebih dari 2.718 ekar yang dikenali sebagai Senai Airport City yang diubah menjadi pembangunan industri dan komersil utama.

Di bawah bahagian Tenaga & Utiliti, MMC adalah pemegang saham tunggal terbesar bagi kedua-dua Malakoff Corporation Berhad (penjana kuasa terbesar di Malaysia), dan Gas Malaysia Berhad (pembekal tunggal gas asli retikulasi di Semenanjung Malaysia di sektor bukan tenaga). Dalam segmen utiliti, MMC juga memiliki sepenuhnya Aliran Ihsan Resources Berhad (pengendali loji rawatan air).

Bahagian Kejuruteraan & Pembinaan MMC telah terus berkembang di sektor ini dengan peranan utama sebagai Project Delivery Partner (PDP) dan kontraktor pakej kerja bawah tanah untuk projek Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) sejauh 51km (Sungai Buloh-Kajang) dan projek Jalur 2 (Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya). Sebelum ini, MMC telah berjaya menyelesaikan Projek Penjejakan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar sepanjang 329km serta lebuh raya Pengurusan Stormwater dan Terowong Jalan Raya (SMART) yang inovatif, terowong dwi-tujuan pertama di dunia.

MMC terus merancakkan industri pembinaan, dengan menjayakan projek-projek awam dan infrastruktur utama di negara ini iaitu Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat, Loji Rawatan Air Langat 2, kerja-kerja awam dan infrastruktur untuk RAPID Pengerang Cogeneration Plant. Selain itu, MMC mempunyai kepentingan efektif 20% dalam Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP) yang telah dilantik sebagai PDP untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Hubungi Kami

LPJ

Sila layari www.lpj.gov.my  atau hubungi:

Rafidah Mohd Ali

Pengurus Kanan

Unit Khidmat Korporat

Lembaga Pelabuhan Johor

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan Pasir Gudang 2,

81700 Pasir Gudang, Johor

+607-2574000 (samb.4078) / +6019 – 7115444 (HP)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PTP

Sila layari www.mmc.com atau hubungi:

Azrini Reezan Abd. Latiff

Ketua Perhubungan Korporat

Pelabuhan Tanjung Pelepas, Blok A, Wisma PTP, Jalan Pelabuhan Tanjung Pelepas, TST

507, 81560 Gelang Patah, Johor

+ 607 504 2222 (ext 8602) / +6019 791 4669 (HP)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Azlina Ashar

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan

MMC Corporations Berhad

Tingkat 6, Wisma Budiman, Persiaran Raja Chulan,

Kuala Lumpur 50200,

Tel: / + 03 2071 1124 / +019 668 8990

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image