20 Julai 2020, Pasir Gudang – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menerima satu lawatan rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (KPKK), YBhg. Tuan Ravi Muthayah. Beliau telah hadir bersama-sama delegasi mewakili Lembaga Koko Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian.
Kunjungan yang berlangsung selama dua jam itu bermula dengan taklimat mengenai LPJ yang disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad selaku Pengurus Besar LPJ dan taklimat Johor Port Berhad (JPB) oleh Encik KC Low.
Kunjungan rasmi ini diakhiri dengan lawatan ke Johor Port Berhad untuk meninjau kawasan Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas pada keesokan harinya.