Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

LPJ EDAR BANTUAN MAKANAN SEMPENA RAMADAN 2021
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

7 APRIL 2021, PASIR GUDANG – Lembaga Pelabuhan Johor telah mengedarkan 100 buah kotak bekalan makanan melalui Program Jalinan Kasih Ramadan. Seramai  100  orang  telah menerima sumbangan bernilai  RM150  yang  mengandungi  barangan makanan seperti beras, tepung, gula, ketupat segera, susu, makanan tin kuih raya dan sebagainya. Penerima terdiri daripada kalangan ahli keluarga fakir dan miskin, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal  di sekitar Pasir Gudang dan juga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan yang terletak di Kempas, Johor.

Tuan Hj. Rosnan bin Fathlal, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama-sama pegawai LPJ telah menyempurnakan pengagihan barangan kepada Ketua Kampung Kuala Sungai Masai iaitu Encik Mohamed Alhad bin Ngadimon. Beliau turut menyantuni beberapa buah rumah penduduk di Kampung Kuala Masai dan Asrama Kebajikan Ar-Rayyan yang telah dilaksanakan pada hari yang sama di Pejabat Persatuan Insani Darul Takzim di Taman Tampoi Utama.

Melalui program tanggungjawab sosial korporat ini, LPJ sentiasa mengambil berat terhadap golongan yang kurang berkemampuan dan berharap dengan bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka pada bulan yang mulia ini.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image