Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Program CSR Bubur Lambuk Perdana 2019 Anjuran LPJ Dan JPB
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

16 MEI 2019, PASIR GUDANG – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama-sama Johor Port Berhad (JPB) telah berkolaborasi dalam menganjurkan program memasak bubur lambuk sempena bulan Ramadan 1440H/2019M. Program yang dilaksanakan di pejabat LPJ ini telah  melibatkan seramai 60 orang sukarelawan dari pihak LPJ dan JPB.

Sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada empat buah lokasi di sekitar Pasir Gudang. Acara memasak bubur lambuk dimulakan pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari dan telah berakhir dengan pengagihan bubur lambuk pada pukul 4.00 petang. Program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat LPJ dan JPB terhadap masyarakat setempat sekitar Pasir Gudang selain mengeratkan lagi ukhuwah antara warga LPJ dan JPB.

Turut hadir dalam program ini bagi pihak LPJ adalah Tuan Hj. Rosnan bin Fathlal, Pengerusi LPJ & LPJTP, YB Dato' Haji Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah LPJ, Encik Kamaruzaman Munasir, Penolong Pengurus Besar Bahagian Operasi & Kawal Selia, Encik Ahmad Salhin Mustapa, Penolong Pengurus Besar Bahagian Korporat & Pembangunan dan Encik Norazlin Yusop, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pengurusan & Kewangan. Manakala bagi pihak JPB yang turut hadir ialah Encik Hermee Tahir, Ketua Sumber Manusia & Pentadbiran, Encik Mokri Sabran, Pengurus Besar Zon Bebas & Perhubungan Kerajaan serta Puan Rahimah Rahmat, Penolong Pengurus Besar, Perancangan Korporat & Pengurusan Risiko.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image