Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

LPJ Terima Kunjungan Rasmi Menteri Pengangkutan Malaysia
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

18 APRIL 2019, PASIR GUDANG –Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menerima kunjungan rasmi daripada  YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia baru-baru ini dan juga merupakan kunjungan pertama beliau ke bangunan ibu pejabat LPJ. Kunjungan yang berlangsung selama dua jam turut dihadiri oleh Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor iaitu YB Tuan Hj Mazlan Bin Bujang.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Ahmad, Pengurus Besar LPJ dan turut hadir dalam perbincangan tersebut En. Marco Neelsen Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) serta Tuan Haji Shahrull Allam Shah Bin Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad (JPB).

Kunjungan Rasmi ini diakhiri dengan lawatan ke Johor Port Berhad untuk meninjau kawasan Pelabuhan Pasir Gudang.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image