Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Program Kembali Ke Sekolah
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

5 DISEMBER 2019, PASIR GUDANG – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan Program Kembali ke Sekolah 2019 yang menyasarkan golongan pelajar sekolah dari keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Pasir Gudang. Program ini merupakan program CSR LPJ dibawah teras LPJ CARES dimana objektif program tersebut adalah untuk  meringankan beban dalam membuat persediaan untuk kembali ke sekolah pada tahun hadapan.

Kali ini seramai 104 orang pelajar daripada 42 buah keluarga telah terlibat untuk membeli barang-barang kelengkapan sekolah di Pasaraya Mydin,Taman Rinting yang turut dibantu oleh 23 orang sukarelawan dari LPJ. Pada sesi pembelian ini, mereka berpeluang untuk memilih keperluan sekolah seperti pakaian sekolah, kasut, alat tulis dan sebagainya.

Agihan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah LPJ pada akhir program.

Selain daripada memberi semula kepada komuniti, melalui program ini pihak LPJ berharap dapat memberi suntikan semangat dan motivasi kepada para pelajar tersebut untuk terus fokus dan ceria dalam memasuki hari persekolahan tidak lama lagi.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image