Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Port Week COnference 2019
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

 

JOHOR BAHRU, 16 OKTOBER 2019 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dengan jayanya telah menganjurkan persidangan antarabangsa iaitu Port Week Conference 2019 yang telah diadakan pada 14 dan 15 Oktober 2019 bertempat di DoubleTree Hilton Hotel, Johor Bahru sempena Minggu Pelabuhan pada tahun ini. Persidangan tersebut merupakan persidangan minggu pelabuhan kali ke-6 yang dianjurkan oleh LPJ.

Tema persidangan pada tahun ini iaitu Fostering The Wave of Digitalization bertujuan untuk memperkasakan penggunaan digital dalam industri berkaitan pelabuhan dan maritim.

Persidangan tersebut telah menarik lebih daripada 200 orang peserta yang datang daripada pelbagai jabatan dan agensi dari dalam dan luar negara, khususnya yang terlibat dalam sektor utama seperti pelabuhan, pengangkutan kargo, perkapalan dan pengguna pelabuhan. Seramai 23 orang penceramah jemputan dari tempatan dan luar negara telah berkongsi pengalaman dan pandangan mereka berkaitan dengan tema yang dibawa.

Majlis pembukaan Port Week Conference yang berlangsung pada 14 Oktober 2019 telah disempurnakan oleh YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Satu lawatan teknikal ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) juga telah diaturkan pada 16 Oktober 2019 kepada peserta persidangan Port Week 2019 dan taklimat lawatan telah disampaikan oleh pegawai PTP.

 

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image