Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalam SPM 2019
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

6 JULAI 2019, PASIR GUDANG – Lebih daripada 160 orang peserta yang terdiri daripada lima buah sekolah menengah terlibat dalam Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan SPM 2019 yang bertempat di Dewan Nakhoda, Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di Pasir Gudang.

Para peserta adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 1, SMK Pasir Gudang 2, SMK Kota Puteri 2, SMK Pasir Putih dan SMK Nusa Damai yang merupakan lima buah sekolah angkat LPJ di bawah program LPJ Cares 2019. Program ini merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat LPJ dalam membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting agar kekal positif dan mampu mencapai kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Program yang bermula seawal jam 8.45 pagi itu didahului dengan slot motivasi dan teknik belajar yang dikendalikan oleh Syarikat Syed Faizal Training & Consultant. Pelbagai kemahiran belajar yang didedahkan kepada para peserta seperti menetapkan matlamat dan teknik memori yang mudah dan menyeronokkan. Pada sebelah petang pula, slot maklumat dan peluang kerjaya di pelabuhan yang disampaikan oleh Encik Fadzly Izzat Shariff, Pengurus Sumber Manusia, Johor Port Berhad.

Majlis penutup Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan SPM 2019 telah diadakan pada sebelah petang dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta program. Pihak LPJ mengucapkan tahniah kepada peserta yang berjaya menghadiri program tersebut dan berharap program sebegini dapat membantu melonjakkan prestasi dan menaikkan jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2019 kelak.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image