Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

POLISI PELABUHAN HIJAU
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

  1. POLISI PELABUHAN HIJAU (PPH)
  2. INISIATIF PPH
  3. PENCAPAIAN/IMPAK
  4. MUAT TURUN
POLISI PELABUHAN HIJAU

Sebagai pihak berkuasa pelabuhan yang bertanggungjawab, Lembaga Pelabuhan Johor amat prihatin terhadap keseimbangan kemajuan fizikal dengan kelestarian alam sekitar. Pembangunan dan kemajuan ekonomi tidak harus dikompromi dengan mengorbankan alam sekitar.

Atas aspirasi ini, kami telah merangka POLISI PELABUHAN HIJAU yang berbentuk pelan jangka panjang bagi menentukan hala tuju pembangunan dan operasi pelabuhan pada masa hadapan agar memberi impak yang sangat minimum kepada alam sekitar. Polisi Pelabuhan Hijau ini telah dilancarkan pada 13 Oktober 2014 dengan mensasarkan pelan tindakan untuk tempoh 2014-2020. Polisi ini bertindak sebagai garis panduan dalam merangka pelan tindakan inisiatif hijau di peringkat LPJ, operator pelabuhan dan pemegang taruh. Polisi ini akan di kemaskini dari masa ke masa berdasarkan kepada keperluan semasa samada di peringkat negara atau antarabangsa.

Kami di LPJ percaya, usaha ini akan memberi makna yang besar kepada generasi akan datang agar mereka dapat menikmati sumber-sumber alam sekitar sebagaimana yang kita nikmati pada hari ni.

INISIATIF DASAR PELABUHAN HIJAU

Lembaga Pelabuhan Johor telah terlibat secara aktif dalam kempen pemuliharaan alam sekitar. Sejak Dasar Pelabuhan Hijau dilancarkan secara rasmi, kami telah melipatgandakan penglibatan ini.

Melalui Dasar Pelabuhan Hijau, berikut (dan tidak terhad) adalah inisiatif yang telah kami laksanakan:

1. Membangunkan Polisi Perolehan Hijau LPJ;

2. Menjalan Audit Tenaga terhadap bangunan Ibu Pejabat LPJ;

3. Menggantikan lampu kalimantang dengan lampu LED;

4. Projek 'de-lamping';

5. Memasang panel solar;

6. Membangunkan sistem 'Ship Emission Management System' atau SEMS dimana setiap kapal yang beroperasi di dalam had perairan pelabuhan di Johor akan dikira kadar pelepasan karbon monoksida mereka; dan

7. Menjalankan projek kajian 'Hydrodynamic Simulation' di dalam had perairan Pelabuhan Tanjung Pelepas



Bangunan Ibu Pejabat LPJ

1- Usahasama di antara pihak LPJ dan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) di dalam melaksanakan “Sustainable Project 2016-2018”
a. 2016
i. Membangunkan Dasar Perolehan Hijau LPJ
ii. Melaksanakan Audit Tenaga (Geran SEDA)
b. 2017
i. Melaksanakan projek pemasangan lampu LED (menggantikan lampu pendaflour sedia ada)
ii. Projek De-Lamping
c. 2018
i. Pemasangan PV Solar
ii. Pengurangan 0.5 jam masa penghawa dingin beroperasi setiap hari
iii. Menetapkan suhu penghawa dingin pada 24 darjah Celcius

2- Penyediaan tong 3 R (Reduce, Reuse, Recycle) di setiap aras

3- Penyediaan tong e-waste di aras 6

4- Wallbox pengecas untuk kenderaan rasmi – BMW

Pelabuhan

1- Menjalankan Kajian Garis Pangkal bagi mematuhi Konvesyen Antarabangsa berkaitan “The Control and Management of Ships Ballast Water and Sediment 2014 (BWM 2014)” di Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

2- Menjalankan projek kajian 'Hydrodynamic Simulation' di dalam had perairan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan membangunkan Pangkalan Data Marin (Marine Data Centre).

3- Membangunkan kawasan hijau (Green Lung) melalui projek Tanjung Pelepas Ecological Park (TPEP) di PTP.

4- Ship Emission Management System (SEMS) – pengiraan kadar emisi (CO2, SOX, NOx, PM2.5, PM10, HC) daripada setiap kapal yang beroperasi di dalam had perairan LPJ.

5- Projek kajian berkaitan habitat Dugong, Memerang dan Kuda Laut di dalam had perairan PTP – Kerjasama dengan Kelab ALAMI.

6- Pembangunan “On-Shore Power Supply (OPS)” untuk bot LPJ.

7- MOU di antara pihak LPJ, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT & TNB di dalam melaksanakan “Sustainable Energy Project (SEP)” untuk pelabuhan dan penyewa (Tenants).

PENCAPAIAN DAN IMPAK DASAR PELABUHAN HIJAU

Inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan mendapat pengiktirafan antarabangsa:

1. Memenangi anugerah 'Green Port Award System (GPAS) oleh APEC Port Service Network bagi tahun 2017

Dokumen-dokumen untuk dimuat turun:

Polisi Pelabuhan Hijau

ver Bahasa Melayu



Pelan Tindakan Pengurusan Tenaga LPJ

ver Bahasa Inggeris



Pelan Tenaga LPJ

ver Bahasa Melayu

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image