Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Mengenai Kami
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

  1. LATAR BELAKANG
  2. PERBATUAN
  3. VISI, MISI, OBJEKTIF
  4. MOTO DAN KOD ETIKA
  5. DASAR KUALITI
  6. PIAGAM PELANGGAN



Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1975 di bawah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1963. LPJ telah memulakan operasinya pada tahun 1977 dan ianya merupakan pelabuhan Malaysia yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas. Semenjak penubuhannya, LPJ telah mengalami perkembangan yang amat memberangsangkan. Pada tahun 1995, operasi pelabuhan telah diswastakan di bawah Akta Penswastaan 1990 dan bermulalah fungsi LPJ sebagai badan kawal selia terhadap operasi yang dijalankan di pelabuhan.

Atas keperluan dan permintaan yang tinggi di samping kawasan pantai di Pasir Gudang yang terhad, pihak kerajaan telah mengambil langkah bagi membuka satu lagi pelabuhan di Tanjung Pelepas, di sebelah barat negeri Johor. Pihak kerajaan juga telah meluluskan sebuah syarikat swasta bagi merancang, membina, mengendali dan menguruskan pelabuhan tersebut. Projek pelabuhan kedua tersebut telah dimulakan pada tahun 1995. Pada tahun 1999, fasa 1 telah disiapkan dan ianya telah memulakan operasinya pada Oktober 1999.

TARIKH

PERISTIWA

Jun 1972

Pelabuhan Johor mula dibina.

1 Mei 1973

Lembaga Pengurusan Pelabuhan Johor telah ditubuhkan untuk mentadbir dan menubuhkan peraturan, mengikut undang-undang dan struktur tarif bagi pelabuhan di Pasir Gudang.

Januari 1975

Jeti minyak telah beroperasi.

10 Februari 1975

Kapal pertama berlabuh di Pelabuhan Johor.

1 Januari 1976

Lembaga Pelabuhan Johor ditubuhkan dengan rasmi menggantikan Pengurusan Pelabuhan Johor.

Disember 1976

Pembinaan fasa pertama Pelabuhan Johor telah siap.

Januari 1977

Pelabuhan Johor beroperasi sepenuhnya.

16 Julai 1977

Pelancaran rasmi Operasi Pelabuhan Johor.

1979

Pembinaan fasa kedua dijalankan. Pada tahun ini juga perkhidmatan kontena turut dimulakan.

9 Ogos 1984

Pelabuhan Johor telah diwartakan Zon Perdagangan Bebas di bawah  Akta Zon Perdagangan Bebas 1971 & menjadi pelabuhan Malaysia yang pertama untuk memperoleh status ini. LPJ diberi kuasa untuk mentadbir dan menyelenggarakan Zon Perdagangan Bebas Pasir Gudang.

1 Januari 1993

Pelabuhan Johor telah diperbadankan sebagai Syarikat yang dikenali sebagai Johor Port Sdn. Bhd., yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan ("MOF INC")

18 Mei 1993

Operasi Terminal Feri Tanjung  Belungkor dan Terminal Feri Changi Singapura diletak dibawah LPJ.

24 Mac August 1995 Pelabuhan Johor diswastakan. Kerajaan juga menandatangani Perjanjian Penswastaan ​​ ​Tanjung Pelepas, dikenali sebagai Tanjung Pelepas Port Sdn. Bhd.

1 Januari 1999

Kuasa pengawalseliaan LPJ diperluaskan untuk mengawasi operasi pelabuhan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

October 1999

Pembinaan Fasa pertama Pelabuhan Tanjung Pelepas telah siap. Operasi bermula pada Oktober 1999.

Disember 1999

Pelan Strategik Pertama LPJ telah diwujudkan.

April 2001

LPJ mendapat pengiktirafan ISO  9002: 1994 oleh pihak Llyods

2001

Penjenamaan semula logo Lembaga Pelabuhan Johor.

July 2003

LPJ mendapat penaiktarafan akreditasi ISO 9001:2000

June 2004

Pematuhan ISPS diwujudkan di Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas

2005

Pelan Strategik LPJ baru dikajisemula.

2014

Port Development Policy Blueprint for Johor 2014-2045.

13 Oktober 2014

Dasar Pelabuhan Hijau dilancarkan.

14 Nov 2014

LPJ telah di akreditasikan dengan Information Safety Management System (ISMS).

19 January 2015

Bangunan pejabat baru LPJ mula beroperasi (19/01/2015).

16 Julai 2014

Perjanjian PCOE dimeterai .

Visi

  • Menjadi pihak berkuasa pelabuhan terunggul yang menerajui Johor sebagai pelabuhan pilihan.

  • Misi

  • Mengawal selia dan memudahcara industri maritim bagi meningkatkan daya saing pelabuhan di Johor.

  • Objektif Pelan Strategik

  • Memperkukuhkan pembangunan kapasiti infrastruktur pelabuhan selaras dengan keperluan pelanggan dan stakeholder.
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kawalan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pelabuhan.
  • Memantapkan kompetensi modal insan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran operasi pelabuhan dan marin.
  • Mewujudkan persekitaran & komuniti pelabuhan yang menggalakkan urusan perniagaan.

  • Moto

    " Profesionalisme Memantapkan Perkhidmatan "


    Kod Etika

    H

    - Hormat menghormati sesama warga kerja

    I

    - Integriti sebagai tunggak jati diri

    K

    - Komited dalam melaksanakan tugas

    M

    - Mesyuarah sebagai dasar penyelesaian

    A

    - Akauntibiliti dalam menjalankan tanggungjawab

    H

    - Harmoni dalam segala aspek

    Dasar Kualiti

    Sebagai badan kawal selia, Lembaga Pelabuhan Johor memastikan pengendali-pengendali pelabuhan berlesen memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua syarikat perkapalan yang berinteraksi dengan pelabuhan-pelabuhan tersebut mengikut piawaian perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.

    Menerapkan budaya kerja berlandaskan piawaian MS ISO 9001 : 2000 dan komited untuk menambah baik keunggulan kualiti secara berterusan.


    1. Memastikan kelulusan permohonan lesen perkhidmatan sokongan, lesen jeti persendirian dan lesen malim dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja daripada tarikh terima permohonan yang lengkap.

    2. Memastikan surat kebenaran permohonan pengecualian pemaliman dapat dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh terima permohonan yang lengkap.

    3. Mengeluarkan surat setuju terima kepada pembida yang berjaya dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh sebut harga ditutup.

    4. Memproses dan meluluskan permohonan permit kerja dalam tempoh 24 jam daripada permohonan diterima.

    5. Memastikan akuan terima pertanyaan atau aduan daripada pelanggan diberikan dalam tempoh 48 jam atau 2 hari bekerja dan maklum balas dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh aduan atau pertanyaan diterima.

    6. Memastikan pembekal menerima bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh tuntutan bayaran diterima.

     

     

    MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

    Style Selector

    Layout Style

    Predefined Colors

    Background Image