Arkib Berita

5 September 2017, Kuala Lumpur – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menyertai pameran antarabangsa iaitu ‘Breakbulk Southeast Asia 2017, Conference & Exhibition’ di KLCC Convention Centre baru-baru ini. Pameran selama 2 hari yang dianjurkan oleh ITE-Asia telah dihadiri oleh kira- kira 350 orang delegasi yang hadir daripada pelbagai negara khususnya dari negara ASEAN. Sebanyak 50 buah pameran telah disertai daripada pelbagai agensi, pengendali terminal serta syarikat perkhidmatan pelabuhan yang turut merancakkan lagi pameran.

Pameran yang bermula 5hb hingga 6hb September 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini turun menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai, selaku Menteri Pengangkutan Malaysia ke tapak pameran di mana disertai oleh 9 buah agensi daripada Lembaga Pelabuhan dan terminal operator. Penglibatan bersama ini adalah sebagai usaha mempromosikan pelabuhan di seluruh Malaysia selain menjalin hubungan dengan pihak terminal operator serta agensi lain di peringkat ASEAN.

FB IMG 1506842774741

FB IMG 1506842507268

FB IMG 1506842535474

FB IMG 1506842531547

9-10 Ogos 2017, Johor Bahru - Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menjadi tuan rumah sekali gus penganjur bagi Mesyuarat Teknikal Asean Ports Association (APA) Working Committee Kali Ke-38 yang telah diadakan di Hotel Double Tree By Hilton, Johor Bahru. Pada tahun ini, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ini dengan penyertaan seramai 49 orang delegasi hadir yang terdiri daripada 8 buah negara Asean iaitu Filipina, Cambodia, Singapura, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Vietnam. Perasmian program ini pada 9 Ogos telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman , Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan dan diiringi oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi LPJ & LPJTP.

Mesyuarat selama 2 hari ini adalah sebagai platform dalam membincangkan isu-isu dan berkongsi ‘best practices’ dalam meningkatkan lagi perkhidmatan pelabuhan serta membantu pelabuhan di rantau Asean untuk berdaya saing selaras dengan pelabuhan lain di dunia.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Pengurus Besar LPJ, En. Muhammad Razif Bin Ahmad. Delegasi Asean juga turut dibawa ke lawatan teknikal ke Pelabuhan Tanjung Pelepas pada 10 Ogos di sebelah pagi.

 

apaa1

apaa2

apaa3

apaa4

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama Johor Port Berhad (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah menyertai Asean Ports & Shipping yang diadakan di Sule Shangri La Yangon, dari 5 Julai sehingga 7 Julai 2017. Penglibatan kali ini merupakan kolaborasi pelabuhan di Johor sebagai Malaysia’s Southern Gateways bagi menjalinkan hubungan bersama pengendali pelabuhan utama dan juga pihak berkuasa yang berkaitan di rantau Asia.

Objektif persidangan dan pameran tersebut adalah untuk mengetengahkan pelabuhan di Johor ke pasaran perkapalan dan memberi maklumat yang terbaik berkenaan pembangunan pelabuhan Johor di rantau Asia. JPB telah diperkenalkan untuk menjadi terminal pelbagai guna dan serba boleh dalam memenuhi keperluan pelabuhan. Selain itu, PTP pula merupakan hab penghantaran utama bagi peniagaan global.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Ni Aung, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Myanmar. Juga turut hadir Encik Razif Bin Ahmad sebagai speaker jemputan bagi membentangkan topik “Incorporating Innovations in Port Operations: - What Ports in Johor have learned?”

Persidangan tersebut telah dihadiri kira-kira 350 orang wakil daripada agensi-agensi kerajaan luar negara, pengendali pelabuhan, pembekal dan perkhidmatan pelabuhan serta pengguna-pengguna pelabuhan. Selain daripada itu, terdapat 50 buah pameran dari luar negara dan juga penceramah yang telah memberi pandangan dan pencerahan ke atas pembangunan industri pelabuhan.

Acara tersebut merupakan platform yang amat baik bagi menerokai pertumbuhan industri pelabuhan di dalam Asia dan juga dapat menjalinkan hubungan dengan wakil dari negara luar agar mampu membawa perniagaan yang berpotensi ke dalam negara kita. Sewaktu majlis perasmian berlangsung, LPJ telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi 16th Asean Ports & Shipping 2018 yang akan datang.

yangon1

yangon2

yangon3

yangon4

4 JUN 2017, PASIR GUDANG, JOHOR :-  Prihatin dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) telah melaksanakan program “Ukhuwah Ramadhan” 2017. Program ini adalah bertujuan untuk membantu golongan asnaf ini membeli barangan kelengkapan hari raya sebagai persediaan menyambut 1 Syawal.

Seramai 39 orang murid yang merangkumi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Pasir Gudang yang berusia antara lingkungan 7 hingga 16 tahun telah menerima kelengkapan hari raya seperti baju Melayu/ kurung, kasut, songkok dan tudung. Matlamat program ini adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri mereka dengan harapan agar dapat memberi peluang mereka merasai keseronokan dan kegembiraan seperti umat Islam yang lain. Selain daripada itu, program ini juga dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi dalam kehidupan di samping mengeratkan silatulrahim sesama insan.

csr1

csr4

csr3

csr2

Ship Emission Management System (SEMS)” merupakan salah satu inisiatif hijau pihak Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di dalam memantau jumlah pembebasan “emission” daripada setiap kapal yang beroperasi dalam had perairan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas. Sistem ini telah dibangunkan dengan usaha sama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian pembangunan sistem ini telah dilaksanakan dari 01 April sehingga 31 Disember 2016, susulan daripada kajian “Ship Emissions Analysis” yang telah dilaksanakan di Johor Port (JP) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada tahun 2015. Tujuan utama perlaksanaan sistem ini adalah bagi mendapatkan anggaran jumlah emission (CO2, NOX, SOX, PM10 & PM2.5) yang di lepaskan oleh setiap kapal yang beroperasi di dalam kawasan pelabuhan. Perlaksanaan ini adalah selari dengan Polisi Pelabuhan Hijau LPJ dan pematuhan kepada keperluan MARPOL Annex VI berkaitan “Regulations for prevention of air pollution from ships”.

Sehubungan dengan itu, satu sesi latihan penggunaan “Ship Emission Management System (SEMS)” telah di adakan pada 31 Mei 2017 di Lembaga Pelabuhan Johor. Seramai 60 orang peserta daripada LPJ, operator pelabuhan dan agen perkapalan telah menghadiri latihan ini. Tujuan utama latihan ini adalah untuk memberikan pemahaman kepada pihak agen di dalam mengaplikasikan sistem ini di dalam mendapatkan data daripada kapal bagi tujuan pengiraan “emission”.

Perlaksanaan “Ship Emission Management System (SEMS)” akan berkuat kuasa pada 01 Julai 2017 melalui Notis Pelabuhan Bil 47/2017 bertarikh 16 Mei 2017. Oleh yang demikian, setiap kapal yang memasuki dan beroperasi dalam had perairan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas perlu mengemukakan maklumat yang di perlukan oleh pihak LPJ, pilot dan agen perkapalan bagi pengiraan emission melalui sistem ini.

1

2

3

4

LPJ SERTAI 9TH PHILIPPINE PORTS & SHIPPING 2017 CONFERENCE & EXHIBITIONS

25 Februari 2017, MANILA – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menyertai pameran antarabangsa iaitu 9th Philippine Ports & Shipping, Conference & Exhibition di Manila baru-baru ini. Persidangan dan pameran yang dianjurkan oleh Transport Event Management telah dihadiri oleh kira- kira 350 orang delegasi yang hadir daripada pelbagai negara khususnya dari negara Asian. Sebanyak 50 buah gerai pameran telah disertai daripada pelbagai agensi, pengendali terminal serta syarikat perkhidmatan pelabuhan yang turut merancakkan lagi pameran.

Acara selama dua (2) hari ini iaitu bermula 23 hingga 24 Februari 2017 di Hotel Penisula, Makati, Manila ini dirasmikan oleh Encik Arthur P. Tugade, Setiausaha, Jabatan Pengangkutan, Filipina. Pameran ini turut disertai oleh Johor Port Berhad (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di bawah platform Malaysia’s Southern Gateways. Penglibatan bersama ini adalah sebagai usaha mempromosikan pelabuhan di Johor selain menjalin hubungan dengan pihak terminal operator serta agensi kerajaan di peringkat ASEAN.

LPJ juga turut serta ke tiga (3) buah lokasi lawatan teknikal yang telah diatur oleh pihak penganjur ke Manila North Harbour Port, Manila International Container Terminal dan Asian Terminals pada hari sebelumnya.

9thphiliphine

21 MAC 2017, LANGKAWILembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di bawah platform ‘Malaysia’s Southern Gateways’ telah menyertai Pameran Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA’17) edisi ke-14 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World pada 21 hingga 25 Mac 2017. LIMA’17 telah disertai oleh lebih 550 pempamer dari 38 buah negara dan seramai 140,000 orang pengunjung. Majlis perasmian LIMA’17 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 21 Mac 2017.

Penyertaan LPJ adalah di bawah Pavilion Maritim Kementerian Pengangkutan Malaysia di mana objektif penyertaan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang fungsi dan tanggungjawab LPJ sebagai badan kawal selia di samping mempromosi kedua-dua pelabuhan utama di Wilayah Iskandar iaitu Pelabuhan Johor, Pasir Gudang (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Secara umumnya penganjuran LIMA’17 telah membuka laluan efektif terhadap pertumbuhan pasaran maritim dan aeroangkasa sehingga menjadi antara yang terbesar di dunia. Pameran maritim ini juga berupaya menjadi platform bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau.

lima1

lima2

lima3

lima4

Kunjungan Delegasi Dari Shantou Port, Guangdong, China ke Lembaga Pelabuhan Johor

20 MAC 2017, Pasir Gudang - Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada hari ini telah menerima kunjungan delegasi dari Port Administration of Shantou City dan Shantou Port Group Co.Ltd, Guangdong, China .

Lawatan dua (2) hari ke Johor yang dihadiri seramai enam (6) orang delegasi ini diketuai oleh Encik Zheng Xi, Director General, Port Administration of Shantou City dan beberapa orang pegawai kanannya yang bertujuan mengetahui lebih lanjut mengenai pelabuhan di Johor serta peluang jalinan kerjasama strategik di masa akan datang. Delegasi ini turut membuat lawatan ke Pelabuhan Pasir Gudang pada sebelah petang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) keesokannya.

Turut hadir ialah mantan Lembaga Pengarah LPJ iaitu Y.Bhg Datuk Sri Tey Kim Chai yang mengiringi delegasi tersebut serta Pegawai Kanan dari Johor Port Berhad (JPB).

shantau1

shantau2

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2017

 

22 Februari 2017, Pasir Gudang – Lembaga Pelabuhan Johor telah menyertai Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2017 yang telah diadakan pada 22 hingga 26 Februari 2017 bertempat di Bukit Layang-layang, Taman Bandar, Pasir Gudang, Johor. Festival yang memasuki edisi ke-22 penganjurannya turut disertai oleh 36 buah negara termasuk penyertaan baru dari 3 buah negara iaitu Sri Langka, Estonia dan Ireland dengan lebih 1,009 orang peserta antarabangsa dan tempatan yang mengambil bahagian dalam 7 kategori.

Festival ini mengekalkan konsep pengisiannya iaitu persembahan, pertandingan, pameran dan bengkel bagi tujuan memberi pendedahan serta pendidikan secara tidak formal, selain mewujudkan integrasi nasional. Lembaga Pelabuhan Johor telah berjaya menduduki tempat ke-5 daripada 24 penyertaan keseluruhan bagi kategori ‘Rokaku Korporat’.

 

 rokaku1

rokaku2

rokaku3

rokaku4

Satu majlis menandatangani perjanjian pajakan tanah di antara Lembaga Pelabuhan Johor dengan syarikat Marina Island Venture Capital (MIVC) Sdn Bhd  telah diadakan pada 16 Januari 2017 di Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang, Johor.

Pihak MIVC Sdn. Bhd telah bersetuju memajak tanah LPJ untuk tempoh 30 tahun bermula 16 Jan 2017. Pajakan ini bertujuan untuk pembangunan tanah yang dapat menyokong kepada kepesatan pengendalian penumpang di terminal Feri Tanjung Belungkor (TFTB).

pajakan 1

pajakan 2

pajakan 3

pajakan 4