Arkib Berita

 

BENTONG, 2 Mei 2018 – Prihatin terhadap pembangunan dan persekitaran terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar, satu inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah dilaksanakan oleh  Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Antara aktiviti CSR yang dijalankan termasuk mengecat bangunan makmal komputer, pagar sekolah dan bangunan utama sekolah sebanyak 3 tingkat yang terletak di Sekolah Rendah Pelangi, Kampung Jawi-Jawi, Bentong, Pahang. Seramai 13 orang sukarelawan yang terdiri dari pegawai-pegawai LPJ telah menyertai program ini yang turut disertai oleh wakil Kementerian Pengangkutan Malaysia, Encik Sallehudin dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Program ini  telah berjalan dengan jayanya bermula 2 Mei 2018 dan berakhir pada 3 Mei 2018 pada pukul 5.00 petang.

 

 

IMG 20180502 WA0036

 

IMG 20180502 WA0048

 

IMG 20180502 WA0055

 

 

 

 

 

KOTA TINGGI, 28 JANUARI          -             Port Centre of Excellence (PCOE), Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada kali ini telah mengikuti Pameran Kembara Kerjaya 5.0 anjuran Unit Swadaya Insan Johor (SIJ) yang telah diadakan pada  25 Januari hingga 28 Januari 2018 . LPJ bersama Johor Port Berhad (JPB), Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Tanjung Langsat Port Terminal (TLP) telah mengikuti pameran kembara di 4 buah lokasi iaitu Dewan Jubli Intan Batu Pahat, Dataran Tanjung Mas Muar, Persiaran Dato’ Ismail Hassan, Kluang dan Kip Mart Kota Tinggi.

 

Tahun ini merupakan tahun ke-3 pihak LPJ menyertai pameran di bawah platform Port Centre Of Excellence (PCOE) bersama komiti PCOE bagi membantu mempromosikan peluang kerjaya yang terdapat di pelabuhan dan terminal. Beberapa jawatan kosong telah diiklankan kepada pengunjung yang berminat di mana pihak JPB telah menerima sebanyak  71 borang permohonan manakala TLP menerima sebanyak 35 borang permohonan. TLP juga menawarkan 3 jawatan kosong iaitu Pengurus Sumber Manusia, Juruteknik dan Eksekutif,  manakala pihak PTP pula menawarkan jawatan kosong bagi jawatan pemandu ‘Prime Mover’ dan ‘Operation Trainee’.

 

Majlis perasmian kembara kerjaya ini telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor pada 25 Januari 2018 di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat Johor.

 

 IMG 20180603 WA0022

IMG 20180603 WA0023

IMG 20180603 WA0024

IMG 20180603 WA0025

 

 

 

 

 

PASIR GUDANG, 28 Januari – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) terus menjunjung komitmen bersih dan bebas rasuah menerusi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga LPJ bertempat di Dewan Nakhoda, Lembaga Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, pagi ini.

Majlis melafazkan dan menandatangani IBR ini diketuai oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ, disaksikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias, Pengarah SPRM Johor dan Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi LPJ & LPJ(TP).

Kehadiran seramai lebih kurang 100 orang pegawai LPJ ke program ini merupakan satu manifestasi kepada sokongan dan komitmen yang berterusan LPJ terhadap usaha-usaha SPRM untuk menjadikan Negara Malaysia bebas daripada belenggu jenayah rasuah. Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan LPJ bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas dari sebarang unsur rasuah.

Turut diadakan pada program ini ialah satu sesi ceramah yang bertajuk “Etika, Integriti dan Rasuah Berpisah Tiada yang telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Razif bin Mohd Sidek , Setiausaha Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

IBR 1

IBR 2

IBR 3

IBR 4

PASIR GUDANG, 29 DISEMBER 2017 - Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) hari ini telah berjaya menandatangani Perjanjian Persefahaman antara LPJ dan PT Pelabuhan Indonesia 1 (PELINDO 1). Perjanjian ini dimeterai hasil daripada kunjungan hormat Ahli Lembaga Pengarah, LPJ ke Medan, Indonesia pada 5 Nov – 9 Nov 2017 yang lalu. Seramai 3 orang delegasi dari PELINDO 1 telah hadir di dalam majlis ini iaitu Mr Bambang Eka Cahyana, President Director of PT Pelabuhan Indonesia 1, Mr Sandhy Wijaya dan Mr Rizki Affandi Nasution. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim bin Ramli, Pengerusi LPJ & LPJTP, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LPJ & LPJTP, pegawai-pegawai Johor Port Berhad (JPB), pegawai-pegawai Pelabuhan Tg. Pelepas (PTP) dan pegawai-pegawai LPJ. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh En. Muhammad Razif bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ bagi pihak LPJ dan Mr Bambang Eka Cahyana, President Director of PT Pelabuhan Indonesia 1 bagi pihak PELINDO 1. Majlis ini telah berjalan dengan jayanya sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim bin Ramli, Pengerusi LPJ & LPJTP.

Tujuan perjanjian ini ditandatangani adalah untuk mewujudkan satu hubungan kerjasama antara LPJ dan PELINDO 1 khususnya di dalam bidang berkaitan kajian pelabuhan, latihan, pertukaran maklumat, bantuan teknikal serta pembangunan lalu lintas dan promosi perkhidmatan yang boleh diberikan oleh JPB, PTP dan PELINDO 1.

Dengan termeterainya perjanjian ini, kedua-dua pihak berharap agar hasilnya dapat memenuhi kepentingan bersama dalam menyumbang kepada peningkatan hubungan kerjasama yang berterusan dan persefahaman antara pelabuhan di kedua-dua negara.

memo1

memo2

memo3

memo4

 

Medan, Indonesia, 6 & 7 November 2017 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan lawatan rasmi ke Pelindo 1 Indonesia. Lawatan ini telah disertai oleh 8 orang Ahli Lembaga Pengarah LPJ/LPJTP, wakil Unit Khidmat Korporat LPJ dan juga wakil Johor Port Berhad. Lawatan ini bertujuan untuk menandatangani MOU “Sister Port” antara LPJ dan Pelindo 1. Majlis menandatangani MOU ini telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ dan wakil Pelindo 1 Encik Iman A. Sulaiman, Pengarah Perancangan dan Pembangunan yang bertempat di Terminal Penumpang Bandar Deli pada 7 November 2017. Momento tandatangan ini telah disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah LPJ/LPJTP, wakil operator Pelindo 1 dan hadirin yang hadir di majlis berkenaan. Dengan selesainya majlis menandatangani MOU “Sister Port’, ini menunjukkan proses perkongsian ilmu berkaitan pelabuhan di Johor dan pelabuhan Pelindo 1 dapat diteruskan. Perkongsian maklumat ini perlu bagi memastikan kedua-dua pelabuhan ini lebih berdaya saing dan pro-aktif di dalam pengendalian pelabuhan seterusnya lebih dikenali di serata dunia.

FB IMG 1512353951017

FB IMG 1512353876878

FB IMG 1512353872200

FB IMG 1512353864376

3 DISEMBER 2017, PASIR GUDANG :-  Prihatin dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah melaksanakan program “Kembali Ke Sekolah” atau Back to School. Program ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan membeli barangan kelengkapan persekolahan sebagai persediaan untuk memasuki sekolah pada tahun 2018.


Seramai 45 orang murid yang merangkumi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Pasir Gudang yang berusia antara lingkungan 7 hingga 16 tahun telah menerima kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah,kasut, beg dan alat tulis. Matlamat program ini adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka dengan harapan agar dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi dalam kehidupan khususnya pelajaran mereka.

Program CSR ini dibantu oleh 17 orang sukarelawan LPJ di mana pembelian barangan keperluan sekolah diadakan di Mydin Mall, Taman Rinting, Johor. Anak-anak tersebut juga diceriakan dengan santapan makan tengah hari Marrybrown di akhir program.

WhatsApp Image 2018 01 01 at 10.12.21

WhatsApp Image 2018 01 01 at 10.11.34

WhatsApp Image 2018 01 01 at 10.11.10

WhatsApp Image 2018 01 01 at 10.08.30

30 NOVEMBER 2017, PASIR GUDANG :-  Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan satu program perpustakaan, khas untuk anak-anak warga kerja sempena cuti sekolah akhir tahun. Program ini adalah terbuka kepada anak-anak yang berumur 6 tahun hingga 12 tahun bertempat di Perpustakaan LPJ, Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang dengan tujuan bagi mengimarahkan perpustakaan LPJ sekali gus memupuk kesedaran pentingnya membaca.

Program pada tahun ini merupakan pertandingan ‘Word Boggle’ dan ‘Word Search’ yang bertujuan untuk mengasah minda anak-anak untuk membina perkataan / ayat mengikut keupayaan dan pengetahuan masing-masing. Program ini dilaksanakan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Lebih 52 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pemenang yang berjaya telah membawa pulang hadiah berbentuk hamper barangan alat tulis dan baucar buku di samping hadiah sagu hati. Ternyata program seumpama ini mendapat sambutan dan mewujudkan semangat berani mencuba di kalangan anak-anak. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Kamaruzaman Bin Hj. Munasir, Penolong Pengurus Besar, Operasi & Kawal Selia.

 

WhatsApp Image 2018 01 01 at 10.00.21

WhatsApp Image 2018 01 01 at 09.59.52

WhatsApp Image 2018 01 01 at 09.59.15

WhatsApp Image 2018 01 01 at 09.58.15

PASIR GUDANG, 5 November 2017 – Satu Majlis Perasmian Program Latihan Industri Pelabuhan telah diadakan di Wisma Kontena Johor Port Berhad yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) juga telah turut serta di dalam majlis tersebut anjuran Johor Port Berhad (JPB) di mana suatu pertukaran perjanjian persefahaman di antara Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) yang diwakili oleh Encik Muhammad Razif Ahmad, Pengurus Besar LPJ dan JPB yang diwakili oleh Tuan Hj. Shahrull Alam Shah Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif JPB di hadapan Menteri Besar Johor. Pertukaran persefahaman ini merupakan jalinan kerjasama strategik Port Centre Of Excellence (PCOE) dan Johor Port Skills Centre (JPSC).

Melalui platform PCOE di bawah agenda LPJ, JPSC telah berjaya menerima perakuan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dan merupakan PB yang pertama di Malaysia yang melaksanakan Program Sektor Maritim dalam NOSS (National Occupational Standard Skills) kod bidang Operasi Peralatan Kontena Pelabuhan.

Turut diadakan pada program itu adalah Pertukaran Perjanjian Latihan yand dimeterai diantara Johor Port Berhad dan Pelindo IV yang diwakili oleh Direktor Utama Pelindo IV, Doso Agung.

Turus hadir pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor & Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas) Yang Berhormat Datuk Abd Rahim Bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif MMC Port Holdings Sdn. Bhd, Ian James dan Jeneral Konsulat Indonesia, Encik Haris Nugroho.

IMG 1725

IMG 1751

IMG 1778

 

JOHOR BAHRU, 30 OKTOBER 2017 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada hari ini telah melaksanakan Minggu Pelabuhan Lembaga Pelabuhan Johor atau lebih dikenali sebagai LPJ Port Week 2017 yang dirasmikan oleh Yang Berusaha En Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan Malaysia di Double Tree by Hilton, Johor Bahru. Acara ini merupakan acara tahunan LPJ dan merupakan kali ke-4 dengan tema pada tahun ini ialah Promoting Johor As A Distribution Hub. Dalam ucapan yang disampaikan, En Mohd Khairul Adib telah memaklumkan bahawa kepentingan sistem komuniti di dalam pelabuhan di mana LPJ telah membangunkan dan melaksanakan sistem pelabuhan iaitu Port Traffic Management System (PTMS) dan eGateway.

Minggu Pelabuhan pada tahun ini berlangsung selama enam (6) hari bermula pada 28 Oktober hingga 2 November di mana Ports of Treasure Hunt dan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) di AEON Jusco, Permas Jaya sebagai pembuka tirai program ini. Port Week ini adalah acara tahunan yang dikelolakan oleh LPJ dengan kerjasama Johor Port Berhad (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn.Bhd (PTP).

Objektif Port Week ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan pelabuhan-pelabuhan di Johor yang dikenali sebagai Malaysia’s Southern Gateways kepada masyarakat sekali gus mengetengahkan kemudahan serta perkhidmatan kepada pengguna pelabuhan. Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Lembaga-Lembaga Pelabuhan juga turut bersama-sama menjayakan program ini dalam menyertai pameran dalam memperkenalkan kemudahan perkhidmatan mereka kepada awam. Tidak ketinggalan juga pameran berbentuk inovasi daripada sekolah-sekolah yang mempamerkan produk inovasi mereka. Sebanyak 30 pempamer terlibat dalam pameran HBP ini.

Selain itu, Port Week Conference 2017 yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu bermula pada 30 hingga 31 Oktober merupakan salah satu inisiatif Port Center of Excellence (PCOE) LPJ di mana tema pada tahun ini ialah Promoting Johor As A Distribution Hub. Seramai 17 orang speaker jemputan dari dalam dan luar negara berkongsi pengalaman dan maklumat terkini kepada 250 orang peserta pada tahun ini.

Selain itu, LPJ turut mengadakan Bunkering Forum 2017 serta G2B Symposium pada 1 November di Double Tree by HIlton, Johor Bahru. Tidak ketinggalan juga Career Talk pada 2 November di UTM,Skudai dan Ceramah Perdana pada malam tersebut di Dewan Mawar, Pasir Gudang di mana penceramah popular iaitu Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus dijemput untuk menyampaikan ceramah beliau. Ceramah ini adalah terbuka kepada awam dan semua jemputan hadir ke majlis ini.

pw1

pw2

pw3

pw4

pw6

pw8

pw7

 

5 SEPTEMBER 2017, Kuala Lumpur - Pameran Hari Maritim Sedunia 2017 atau dikenali sebagai World Maritime Day 2017 (WMD 2017) yang bertemakan "Connecting Ships, Ports and People" telah berlangsung selama dua (2) hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sambutan Hari Maritim Sedunia yang merupakan acara tahunan ini mendapat penglibatan dari Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dalam pameran bersama-sama dengan Johor Port Berhad (JPB), Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP) dan Pelabuhan Tanjung Langsat Sdn. Bhd. (TLP). Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai, selaku Menteri Pengangkutan Malaysia sebelum mengadakan lawatan ke 45 booth pameran daripada pelbagai agensi dan jabatan di dalam industri maritim.

Program ini merupakan anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di mana Malaysia Shipowners’ Association (MASA) menjadi tuan rumah pada tahun ini. Pameran ini telah memberi fokus kepada International Maritime Organisation (IMO) Member States untuk menjana dan melaksanakan strategi utama maritim yang merangkumi keselamatan navigasi, menangani isu fasiliti pengangkutan maritim, meningkatkan kecekapan perlindungan kepada persekitaran dan keselamatan maritim. Lembaga Pelabuhan Johor juga turut menyertai persidangan yang telah diadakan sempena ‘World Maritime Day’ 2017 di lokasi sama.

FB IMG 1506842236756

FB IMG 1506842240860

FB IMG 1506842245026

FB IMG 1506842284820