Lawatan Ke Penjara Melaka 2016

Unit Integriti telah mengadakan lawatan ke Muzium Penjara Melaka pada 10 November 2016. Seramai 33 orang pegawai terlibat dengan lawatan tersebut yang diketuai oleh Pegawai Integriti LPJ, Encik Farid suhaimi bin Mohd Sikon.

Objektif utama program lawatan ialah memberi peluang dan gambaran kepada peserta-peserta untuk melihat dengan lebih dekat dan merasai sendiri corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara, seterusnya dapat memberi kesedaran dan mewujudkan keinsafan dalam diri setiap peserta dalam menjalani kehidupan yang lebih bermoral dan berintegriti.

Lawatan ke Muzium Penjara bermula pada jam 4.00 petang. Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai penjara mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan penjara. Seterusnya peserta dibawa meninjau ke ruang pameran kraf atau kerja yang dihasilkan sendiri oleh banduan-banduan mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing. Kemudian, peserta di bawa meninjau dari satu sel ke satu sel hinggalah ke  dan sel banduan akhir yang menempatkan banduan yang akan dikenakan hukuman gantung. Di sini, peserta diberi taklimat berkenaan proses hukuman gantung yang dikenakan ke atas pesalah/banduan serta peralatan-peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut.

Peserta juga diberikan peneranan berkenaan hukuman sebatan rotan yang dikenakan ke atas banduan mengikut jenis kesalahan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Demonstrasi hukuman sebatan rotan juga dipertontonkan kepada peserta sekali gus memberi keinsafan kepada semua peserta.

Seterusnya, peserta dibawa melawat ke galeri pameran lukisan dan hasil seni kreatif banduan. Pelbagai karya seni telah diilhamkan oleh banduan-banduan tersebut seperti sajak, cerpen, lukisan, tulisan khat, mural dan sebagainya.

Di hujung lawatan, Pegawai Penjara, Tuan Mohamad telah memberi sedikit ucapan dan kata-kata nasihat kepada semua peserta sebelum program berakhir pada jam 6.00 petang.

111penjara

111penjara2

Click to listen highlighted text!