Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman LPJ – MGTC

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara pihak Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) telah diadakan pada 6 Oktober 2016 bertempat di Pocket Talk, Hall 1, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Usaha sama ini adalah bagi menjalankan “Sustainable Project 2016-2017” bagi meningkatkan rating Penarafan Hijau (PH) JKR bangunan LPJ daripada taraf 3 ke 5 bintang. Projek ini merujuk kepada Polisi Pelabuhan Hijau LPJ 2014-2020, di bawah program mempromosi kemampanan dengan menggunakan inisiatif teknologi hijau dan tatacara amalan yang terbaik bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Selain itu, ia juga berlandaskan kepada Teras Strategik ke-6 Rancangan Malaysia ke-11, di mana kerajaan telah menetapkan sasaran 20% Perolehan Hijau Kerajaan menjelang tahun 2020 bagi merealisasikan agenda pembangunan hijau dan matlamat penghasilan serta penggunaan mampan (Sustainable Consumption and Production atau SCP).

Di antara komponen projek yang akan di laksanakan bagi tahun 2016-2017 di bawah usaha sama ini adalah seperti berikut:

1)    Pelaksanaan audit tenaga untuk bangunan LPJ (sifar kos di bawah geran SEDA) (2016);

2)    Pelaksanaan Polisi Perolehan Hijau LPJ bagi melengkapkan dan memantapkan lagi Buku Polisi Pelabuhan Hijau LPJ dari segi objektif ke arah operasi dan pembangunan pelabuhan yang lebih mampan di Malaysia (2016);

3)   Program penukaran lampu florescent (sedia ada) kepada lampu LED. (2017

 

memorandum1

memorandum2

 

1)    Pelaksanaan audit tenaga untuk bangunan LPJ (sifar kos di bawah geran SEDA) (2016);

2)    Pelaksanaan Polisi Perolehan Hijau LPJ bagi melengkapkan dan memantapkan lagi Buku Polisi Pelabuhan Hijau LPJ dari segi objektif ke arah operasi dan pembangunan pelabuhan yang lebih mampan di Malaysia (2016);

3)   Program penukaran lampu florescent (sedia ada) kepada lampu LED. (2017).

Click to listen highlighted text!