Majlis Menandatangani Perjanjian VTMS Pelabuhan Pasir Gudang

Satu majlis menandatangani perjanjian projek VTMS Pelabuhan Pasir Gudang diantara Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan syarikat kontraktor yang dilantik iaitu Greenfinder Sdn Bhd telah diadakan di lobi bangunan Ibu Pejabat LPJ pada 17 Ogos 2016 yang lalu. Majlis yang ringkas tersebut telah membuka tirai dengan tayangan video berkaitan sistem pengurusan trafik kapal dan disusuli dengan upacara menandatangani perjanjian yang telah disempurnakan oleh kedua-kedua pihak iaitu Pengerusi LPJ, Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli dan Pengurus Besar LPJ, Encik Muhammad Razif Bin Ahmad dan bagi syarikat Greenfinder Sdn Bhd pula dokumen perjanjian telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan syarikat iaitu Encik Zulkifly Bin Ariffin dan Pengarah Teknikal, Encik Ezmil Bin Sahrani. Upacara menandatangani perjanjian ini juga telah disaksikan oleh wakil daripada pihak Johor Port berhad (JPB), Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) , Ketua-ketua bahagian LPJ dan beberapa orang wakil agensi dan pengguna pelabuhan.

SIGN1

Projek yang bertajuk ‘TO DESIGN, SUPPLY, INSTALL, TESTING AND COMMISIONING VESSEL TRAFFIC MANAGEMENT AND INFORMATION SYSTEM (VTMIS) CONTROL CENTERS FOR PASIR GUDANG PORT’ ini mengambil tempoh 64 minggu untuk dibangunkan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 24 Julai 2017. Tujuan pembangunan VTMS ini adalah bagi menjamin keselamatan pelayaran di perairan Pelabuhan Pasir Gudang dengan membantu membekalkan maklumat yang lengkap tentang kapal-kapal yang singgah di pelabuhan ini, tujuan serta pergerakan mereka, serta sistem komunikasi dan perkongsian maklumat di antara stesen darat dan kapal-kapal lebih berkesan.

SIGN2

Click to listen highlighted text!