Lawatan Kerja LPJ Ke Loji Penapisan Petronas, Sungai Udang, Melaka

Pada 27 September 2016 yang lalu, Unit SHE Operasi dan Trafik LPJ telah mengadakan lawatan kerja ke Loji Penapisan Petronas, Sg. Udang Melaka. Lawatan kerja ini untuk mendalami pengetahuan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mengendalikan bahan petroleum dan petrokimia sebagai persediaan pembangunan Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Petronas RAPID yang sedang berjalan.

 Lawatan ini dihadiri oleh:

i. Encik Ahmad Syahrir bin Asyaari (Pengurus Kanan SHE Operasi dan Trafik)

ii. Encik Mohd Zahari bin Mohd Rusjuna Pengurus Kanan SHE Operasi dan Trafik)

iii. Encik Syahkhairul Muhammad bin Muktar (Pen. Peg. Sains)

iv. Encik Mohd Fadzli bin Asmon (Pen. Peg. Bomba)

v.  Puan Nadia binti Alias

vi. Encik Mohd Raqib bin Mohamed (Pengurus Terminal Feri)

vii.  En Dino Asmara bin Sham (Pen.Pegawai Laut)

Objektif lawatan ini adalah :

1)      Mempertingkatkan tahap profesional, kemahiran dan terlatih ke arah meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan produktiviti Lembaga Pelabuhan Johor;

2)      Mempelajari kaedah dan prosedur standard (S.O.P) mengendalikan kargo pukal cecair seperti crude oil, gas petroleum cecair (LPG), gasoline, diesel, naphta dan sebagainya;

3)      Mengetahui aspek keselamatan (kargo bahaya, bomba dan marin) dan tahap keselamatan dan kesihatan yang ditekankan di loji penapisan & jeti untuk dijadikan rujukan;

4)      Mengenal pasti penyesuaian prosedur yang diterapkan dalam mempertingkatkan keberkesanan ERP (Emergency Response Plan); dan

5)      Dapat mempertingkatkan jalinan hubungan antara terminal - pelabuhan bagi kemajuan dua-dua belah pihak.

Turut sama dalam lawatan ini warga kerja dari Telekom Malaysia cawangan Johor Bahru.

 

petro1

 

petro2

Click to listen highlighted text!