PASIR GUDANG, 24 JULAI 2016 - Sejarah Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah tercipta dengan perasmian Bangunan Baharu LPJ oleh Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Besar Johor. Lebih menarik lagi Majlis Perasmian ini telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Rahim Bin Ramli, Pengerusi LPJ dan LPJ(TP) dan Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ.

 

Di dalam majlis ini Bangunan Baharu LPJ telah menerima Sijil Penarafan Hijau (pH) dari Jabatan Kerja Raya (JKR) yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ir Dr Roslan Bin Md Taha, Timbalan Pengarah, Jabatan Kerja Raya.

 

Bangunan 10 tingkat ini adalah berkonsepkan Bangunan Hijau yang pertama di antara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang sekali gus menjadi salah sebuah bangunan pencakar langit di Pasir Gudang, Johor.

 

LPJ menerima ucapan tahniah daripada Menteri Besar Johor dan Menteri Pengangkutan Malaysia atas kejayaan pembangunan Bangunan Hijau dan kredit atas inisiatif dalam melestarikan penjagaan alam sekitar.

 

Kehadiran dif-dif kehormat ini juga turut diraikan Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, pengguna-pengguna pelabuhan dan warga kerja LPJ yang dianggarkan sekitar 500 orang yang hadir. Majlis Perasmian ini juga turut dirancakkan lagi dengan sambutan Majlis Hari Raya LPJ 2016.

TAG UNTUK FB

rb10

RB9

Click to listen highlighted text!