27 APRIL 2016, PASIR GUDANG – Suatu program santai ‘Lunch Talk’ bersama pihak persatuan pelabuhan iaitu Federation of Malaysian Manufacturer (FMM), Johor Container Depot Association (JCDA) serta Association of Malaysian Haulier (AMH) telah diadakan di Dewan Besar, Lembaga Pelabuhan Johor.

Program ini adalah suatu platform dialog di antara pihak pengguna dan pelabuhan dalam mengadakan sesi perbincangan akan isu-isu semasa yang dihadapi dan sebarang cadangan penambahbaikan yang ingin diusulkan selain menjalinkan hubungan baik kedua-dua pihak. Program ini juga telah berlangsung pada 20 April yang lepas bagi sesi pertama bersama pihak Johor Freight and Forwarders Association (JOFFA) dan Johor Ports Shipping And Forwarding Association (JPSFA) dan dijadualkan sesi ketiga akan diadakan bersama pihak pertubuhan lain iaitu SAM dan MASA pada 17 Mei 2016.

Program ini turut dihadiri wakil daripada pihak Johor Port Berhad (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

lunchT 1lunchT 2

lunchT 3lunchT 4

lunchT 5

Click to listen highlighted text!