Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia Ke Lembaga Pelabuhan Johor

11 FEBRUARI 2016, Pasir Gudang – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menerima kunjungan Y.Bhg

Datuk Seri Hj Saripuddin Bin Hj Kassim, Ketua Setiausaha(KSU) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sempena program lawatan turun padang  ke Johor.

Lawatan sehari dihadiri bersama seramai lapan (8) orang pegawai yang terdiri daripada MOT dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang telah mengunjungi Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Johor Port Berhad (JPB) sebelum ke Bangunan Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex  dan Depoh di Kempas pada sebelah petang.

Kunjungan YBhg KSU ke Pejabat LPJ  ini telah disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Abd Rahim Bin Ramli, Pengerusi LPJ & LPJTP dan Encik Muhammad Razif Bin Ahmad Pengurus Besar LPJ berserta pegawai-pegawai kanan LPJ.


lawatan 2 1

lawatan 2 2

lawatan 2 4

Click to listen highlighted text!