Projek ini telah bermula pada Ogos 2009 dan telah disertai oleh pelabuhan-pelabuhan daripada ASEAN serta wakil daripada pihak Kementerian. Malaysia telah disertai oleh LPJ, JPB dan Sabah Port S/B. Pihak GIZ berperanan dalam memberikan bantuan teknikal dan latihan kepada pelabuhan-pelabuhan ASEAN dalam mencapai serta mengekalkan kualiti di dalam sistem pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan. Aktiviti di dalam projek ini menekankan kepada pelaksanaan pengukuran dan kaedah untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran di dalam pelabuhan selaras dengan piawaian antarabangsa. Penglibatan LPJ dan JPB di dalam projek ini bermula pada tahun 2012.

Mesyuarat ini akan menjadi satu platform untuk pihak pelabuhan, kementerian dan projek komponen (GIZ) untuk membuat kajian semula terhadap keputusan, pencapaian dan untuk mengenalpasti sasaran bagi tempoh yang akan datang. Topik perbincangan semasa mesyuarat 3 hari ini adalah seperti di bawah:

  • Kajian kes dan amalan-amalan terbaik di dalam “Corporate Social Responsibility” di pelabuhan Malaysia dan Kemboja.
  • Perbincangan berkenaan “Potential impacts on the integration of the ASEAN Economic Community in 2015 (AEC 2015)”
  • Strategi dan aktiviti projek (2013-2015)
  • Memperincikan skop dan perancangan kerja di peringkat pelabuhan dan kementerian bagi tahun yang mendatang.
  • Mempertingkatkan pembangunan bahan pengajaran untuk Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan di dalam pelabuhan

Lawatan ke Pelabuhan Johor Port Berhad and Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Click to listen highlighted text!