Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

LPJ Terima Kunjungan Rasmi Timbalan Ketua Menteri Sabah

 

24 JULAI 2019, PASIR GUDANG – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menerima kunjungan rasmi daripada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan & Industri Sabah. Beliau telah hadir bersama-sama 22 orang delegasi mewakili POIC Sabah Sdn. Bhd, KKIP Sdn. Bhd., Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah, Suria Capital Holdings Berhad, Sabah Ports Sdn. Bhd. dan SOGDC Sdn. Bhd.

Kunjungan yang berlangsung selama dua jam itu bermula jam 9.15 pagi dengan taklimat mengenai LPJ disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad selaku Pengurus Besar LPJ dan taklimat Johor Port Berhad (JPB) oleh Tuan Haji Shahrull Allam Shah Bin Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif JPB.

YB Timbalan Ketua Menteri Sabah dan delegasi turut dibawa ke Bilik Kawalan VTMS bagi melihat sendiri sistem yang dikelolakan oleh  LPJ di Pelabuhan Johor. Kunjungan rasmi ini diakhiri dengan lawatan ke JPB untuk meninjau kawasan Pelabuhan Pasir Gudang.

 

IMG_20190724_103829-1.jpg IMG_20190724_103829-1.webp IMG_20190724_104056-1.jpg

IMG_20190724_104056-1.webp IMG_20190724_105201-1.jpg IMG_20190724_105201-1.webp

IMG_20190724_105315-1.jpg IMG_20190724_105315-1.webp