Objektif RESPECT ialah Sentiasa saling menghormati antara satu sama lain dalam semangat kita sepelabuhan bagi mewujudkan suasana yang kondusif agar dapat bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan lain di dunia.

Makna RESPECT

R = Recognition

E = Efficient

S = Service

P = Professionalism

E = Excellence

C = Communication

T = Teamwork

“Recognition” ini merujuk kepada pengiktirafan setiap entit dalami rantaian operasi pelabuhan termasuk pengiktirafan dari segi cadangan dan pandangan yang diutarakan oleh setiap pihak. Dalam erti kata lain pengguna-prngguna pelabuhan sepatutnya sedar dan mengiktiraf akan fungsi masing- masing dalam konteks ‘supply chain’ kerana jika salah satu perkhidmatan ini menghadapi masalah ini akan menjejaskan keseluruhan rantaian perkhidmatan tersebut kerana mereka memerlukan diantara satu sama lain. Oleh itu pihak-pihak berkepentingan perlu hormat kepada hak-hak pihak lain apabila ingin membuat sebarang perubahan yang melibatkan ‘supply chain’.

“Efficient” adalah merujuk kepada kecekapan dan keberkesanan memberikan perkhidmatan oleh pembekal-pembekal perkhidmatan berkaitan aktiviti – aktiviti pelabuhan . Kekuatan sebuah rantaian pembekal perkhidmatan ini adalah terletak pada keberkesanannya perkhidmatan yang diberikan kerana ia akan memberi kesan kepada produktiviti dan kelancaran sesuatu operasi pelabuhan.

“Service” adalah merujuk kepada perkhidmatan yang diberikan daripada pengguna – pengguna pelabuhan. Perkhidmatan ini seharusnya mengikut standard dan KPI yang ditetapkan oleh syarikat masing – masing. Contohnya setiap syarikat mempunyai “Standard Operating Procedure” dan mestilah mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh syarikat masing – masing bagi mencapai KPI yang ditetapkan

“Professionalism” merujuk kepada etika professionalisma dalam dunia perniagaan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak apabila menguruskan operasi pelabuhan.

“Excellence” merujuk kepada kecemerlangan organisasi yang perlu menjadi keutamaan agar sentiasa mampu berdaya saing dalam arus globalisasi. Ini juga adalah salah satu cabaran dalam perkhidmatan yang perlu diekori oleh ke semua pengguna pelabuhan.

“Communication” merujuk kepada kecekepan pengguna pelabuhan dalam berkomunikasi antara sesama pengguna pelabuhan. Ini penting kerana jika ianya tersalah berkomunikasi (“Miss Understanding”) matlumat yang hendak disampaikan tidak dapat sampai kepada penerima matlumat. Dan ini akan mengakibatkan perselisihan faham antara pengguna-pengguna pelabuhan.

“Teamwork” merujuk kepada semangat kerjasama bekumpulan yang tinggi di antara setiap pembekal perkhidmatan pelabuhan. Kerjasama ini amat penting kerana setiap organisasi saling bergantung antara satu sama lain. Setiap pihak perlu memupuk dan mengamalkan semangat kerjasama berkumpulan dikalangan mereka. Dalam hal ini semua pihak adalah sama penting tidak kira pihak tersebut merupakan organisasi besar atau pun kecil

 

 

 

Click to listen highlighted text!