16 NOVEMBER 2015, JOHOR BAHRU – Bersempena dengan Majlis Makan Malam Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) atau lebih dikenali dengan Port Nite LPJ,sambutan ulang tahun LPJ yang ke-40 tahun turut diraikan pada 16 November 2015 di Hotel Renaissance, Johor Bahru. Acara majlis makan malam ini dijadikan acara tahunan di mana objektifnya mengukuhkan hubungan dan kerjasama warga kerja LPJ bersama rakan pelabuhan khususnya.

Majlis Port Nite LPJ ini dihadiri oleh 400 orang yang terdiri daripada warga kerja LPJ, ketua jabatan, pengguna pelabuhan, pengendali pelabuhan dan agensi luar yang bekerjasama dengan LPJ. Acara pemotongan kek dijadikan sebagai simbolik meraikan ulang tahun LPJ. Majlis kali ini turut memberi makna apabila lima (5) Anugerah Prestasi Pelabuhan bagi setiap kategori iaitu Anugerah Best Throughput Performance, Anugerah Best Depot, Anugerah Best Haulage, Anugerah Best Forwarding Agent dan Anugerah Best Private Jetties diberikan dalam bentuk trofi. Anugerah ini adalah julung kali diadakan bagi meraikan pengguna – pengguna pelabuhan yang mencapai prestasi yang terbaik sepanjang tahun 2014.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) & Lembaga Pelabuhan Johor Tanjung Pelepas (LPJTP) serta Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ & LPJ (TP)

 

portnite

Click to listen highlighted text!