Taklimat Import dan Eksport Bahan Binaan
Daripada
CIDB dan SIRIM QAS International Sdn Bhd

9 Jun 2015 (Selasa)

Lembaga Pelabuhan Johor dengan kerjasama daripada Johor Port Berhad dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd telah menganjurkan Taklimat Import dan Eksport Bahan Binaan di Dewan Serba guna Bangunan Lembaga Pelabuhan Johor. Pada permulaan taklimat ini, Encik Muhammad Razif Bin Ahmad Pengurus Besar LPJ telah memberi ucapan aluan. Beliau mengalu-alukan sidang hadirin yang hadir ke taklimat ini dan berharap dapat membantu mengurangkan aduan dan hadirin perlu mengambil peluang untuk memahami prosedur yang telah diperkenalkan daripada pihak SIRIM dan CIDB. Taklimat ini adalah rentetan daripada aduan pengguna pelabuhan berkenaan kelewatan kontena yang keluar daripada pelabuhan. Taklimat ini telah diberikan oleh Encik Mohd Ridha Noraship daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd dan Encik Izzat Azri Bin Amri daripada ibu pejabat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Taklimat ini dihadiri oleh syarikat agen perkapalan, persatuan-persatuan perkapalan dan syarikat yang berurusan secara langsung dengan pihak SIRIM dan CIDB ini. Jumlah kehadiran taklimat ini adalah 150 orang daripada 170 senarai kehadiran.

Click to listen highlighted text!