Lawatan ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan panduan berkenaan pelaksanaan amalan 5S serta untuk meninjau dan berkongsi idea mengenaipelaksanaan Amalan 5S di MPPG, Johor.

Kunjungan kami disambut baik oleh, beberapa pegawai yang bertugas di MPPG. Kami dibawa ke tingkat 20 Banggunan Milik MPPG, dimana kami diberi Taklimat Mengenai Perlaksanaan Aktiviti 5S.

Selepas sesi taklimat, kami dibawa untuk melihat aras-aras yang mendapat penilaian 5 bintang. Banyak idea dan maklumat mengenai 5S yang diperoleh hasil dari lawatan tersebut.

Pihak Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), merakamkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan MPPG yang telah menyampaikan perkongsian maklumat dari lawatan berkenaan. Semoga LPJ dapat menerapkan nilai-nilai murni 5S sepertimana yang diamalkan oleh MPPG.

 

Click to listen highlighted text!