Perjanjian tambahan ini adalah untuk tambahan laluan feri daripada Changi Bay North (Terminal Feri Changi) ke destinasi lain di Negeri Johor. Sebelum ini, laluan perkhidmatan feri daripada Changi Bay North (Terminal Feri Changi) hanya ke satu destinasi sahaja iaitu Terminal Feri Tanjung Belungkor (TFTB). TFTB dikenali sebagai pintu masuk ketiga daripada Singapura selain daripada menggunakan Tambak Johor dan Second Link.


Oleh itu, dengan termerterainya perjanjian ini menandakan bahawa terdapat pertambahan pintu masuk dari Singapura ke Johor (Malaysia). Dengan pertambahan ini diharapkan ianya dapat meningkatkan jumlah bilangan pelancong memasuki Malaysia yang mana secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negara.

Click to listen highlighted text!