Pada hari berkenaan juga telah diadakan Taklimat program QE/5S telah disampaikan oleh En. Farid Suhaimi bin Mohd Sikon dalam Majlis Pelancaran program pada 1 Mac 2015 bertempat di Dewan Besar, LPJ.

Amalan QE/5S ini merupakan satu kaedah pengurusan yang boleh mewujudkan Persekitaran tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kerja dan mutu perkhidmatan.


POLISI QE/5S LPJ

“Lembaga Pelabuhan Johor komited menerapkan pengamalan budaya 5S melalui tempat kerja yang bersih, kemas, kondusif dan selamat bagi menuju persekitaran kerja berkualiti demi meningkatkan mutu perkhidmatan”


OBJEKTIF QE/5S LPJ

  • Melaksanakan penjimatan penggunaan kertas sebanyak 5%.
  • Memastikan kepuasan pelanggan terhadap perkhidamtan Lembaga Pelabuhan Johor melebihi 80%.
  • Memastikan setiap fail fizikal dan inventori dapat dicapai dalam tempoh 30 saat.
  • Memastikan pendedahan dan kesedaran warga dalam Program 5S mencapai 100%.
  • Memastikan penggunaan elektrik tidak melebihi RM50,000.00 sebulan.
Click to listen highlighted text!