Penyertaan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di dalam pameran ini telah dibuat secara perkongsian booth dengan pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP). Pegawai-pegawai LPJ dan PTP yang terlibat dengan acara ini adalah seperti berikut :

Pameran :

  1. En. Mohd Faizal Bin Yaser (LPJ)
  2. En. Khairul Anuar Othman (PTP)

Delegasi :

  1. Pn. Rahimah Rahmat (PTP)
  2. En. Eric Yap Chee Meng (PTP)
  3. En. Ronald Yap Kian Huat (PTP)

Tujuan LPJ dan PTP menyertai pameran TOC Asia 2010 adalah seperti berikut :

  1. Untuk mempromosi dan memperkukuhkan lagi jenama LPJ dan PTP di kalangan peserta seminar, pameran dan juga pelawat-pelawat acara ini sama ada peserta tempatan mahupun antarabangsa.Memperluaskan lagi peluang jalinan kerjasama bukan hanya kepada delegasi seminar dan peserta pameran bahkan kepada pelanggan / pelabur berpotensi yang mengunjungi acara ini dengan tumpuan khusus kepada peserta dari rantau Asia / ASEAN.
  2. Untuk memperolehi maklumat dan isu-isu terkini yang dibentang dan dibincangkan semasa seminar berlangsung terutamanya perkembangan dan prestasi operasi pelabuhan-pelabuhan lain di dunia.
  3. Acara TOC Asia anjuran TOC Events Worldwide yang berpangkalan di United Kingdom merupakan salah satu acara persidangan dan pameran antarabangsa tahunan yang terbesar di Asia yang memberi fokus kepada operasi terminal, pelabuhan dan pemain industri perkapalan.


Edisi ke-14 TOC Asia pada kali ini telah menampilkan lebih daripada 25 speakers antarabangsa dalam membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan industri pelabuhan.

Acara yang berlangsung selama 3 hari ini juga telah mempertemukan wakil-wakil dari pihak berkuasa pelabuhan, operator terminal, syarikat logistik dan penghantaran serta pembekal-pembekal peralatan operasi pelabuhan dari serata dunia.

Secara keseluruhannya ruang pameran PTP menerima sambutan yang menggalakkan. Ini disebabkan ruangan booth menggunakan jenama PTP dan lokasi ruang pameran juga agak strategik iaitu berhampiran dengan pintu masuk utama ke ruang legar pameran.

Sepanjang acara ini berlangsung selama 3 hari, dianggarkan seramai 400 pelawat telah mengunjungi ruang pameran dengan lebih daripada 90 orang delegasi tempatan dan antarabangsa menyertai seminar.

Sejumlah 75 syarikat dan agensi dari pelbagai latarbelakang industri telah menyertai acara TOC Asia 2010 ini. Antaranya ABB Crane Systems, Bintulu Port Sdn Bhd, Brevetti, Dalian Shipping China, HPC Hamburg, Hyundai, Siemens, Jade Weser Port, Maher Terminals, Korean Ministry of Land, Transport and Maritime Affairs, Red Sea Terminals, Mitsui Engineering, Port Authority of Algeciras, Seaports of America dan lain-lain.

Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan LPJ dan Kementerian Pengangkutan Malaysia kerana menyokong dan membenarkan pegawai LPJ untuk mengikuti pameran ini.

Click to listen highlighted text!