Syukur Alhamdullilah kita dapat berkumpul di Perhimpunan Bulanan LPJ untuk bulan Januari tahun 2010 ini. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga kerja LPJ.

Pada Majlis Makan Malam LPJ pada 28 Disember di The Zone Regency Hotel baru-baru ini saya telah menyampaikan pesanan dan harapan saya dalam menyambut tahun baru. Harapan, azam dan nekad saya adalah supaya kita sama-sama meningkatkan lagi prestasi kerja serta mengubah minda serta budaya kerja ke arah yang lebih positif bagi menghadapi cabaran mendatang.

Dalam hal ini marilah kita sama-sama meningkatkan lagi usaha kita untuk menjadikan LPJ sebagai Badan Kawal Selia yang lebih berwibawa, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif dan misinya. Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kita hendaklah sentiasa menanam nilai-nilai serta budaya berprestasi tinggi dan hendaklah sentiasa berpegang kepada prinsip dan KOD ETIKA yang dipersetujui bersama:

HIKMAH (HORMAT – IMAN – KOMITED – MESYUARAH – AKAUNTIBLITI DAN HARMONI)

Tuan/Puan,

Tahun 2010 ini, kepimpinan Negara kita telah menobatkan tahun ini sebagai TAHUN KREATIVITI DAN INOVASI. Banyak program/aktiviti akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi merelisasikan hasrat ini. Salah satunya adalah Program Reformasi dalam perkhidmatan awam. Dalam konteks Jabatan/Agensi kerajaan seperti LPJ kita hendaklah berubah ke arah peningkatan disiplin diri, meningkatkan nilai dan budaya kerja mementingkan prestasi tinggi, integriti serta bekerja berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif. Pelaksanaan tugas dan tanggung jawab hendaklah berpandukan kepada Pelan Strategic LPJ serta SKT masing-masing yang dipersetujui bersama.

Disamping itu kedatangan tahun 2010 ini marilah sama-sama kita memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan diri.

Diperhimpunan pagi yang berkat lagi mulia ini, izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan peraturan pejabat:-

  1. Budaya melepak pada waktu pejabat di kalangan warga kerja – bagi mengatasi masalah ini saya mencadangkan supaya pihak pengurusan ( En. Kamaruzaman ) menubuhkan satu pasukan pengintip (identity dirahsiakan) bagi menangkap pegawai/kakitangan yang terlibat.
  2. Menguatkuasakan larangan merokok dalam pejabat. Pasukan pengintip yang sama akan mengambil nama mereka yang terlibat dan disyorkan diambil tindakan tatatertib – ke atas kakitangan yang masih berdegil.
  3. Waktu makan bukan waktu rehat - waktu makan adalah pada waktu rehat sahaja ( 1 – 2 petang sahaja). Warga kerja hendaklah mematuhi peraturan waktu makan ini. Warga kerja digalakkan untuk membawa makanan/minuman ke pejabat sebelum masuk ke pejabat atau minum di coffee corner pejabat. Namun sekiranya perlu keluar juga adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil masa yang lama keluar membeli makanan/minuman.

Tuan/Puan,

Pada selasa lalu 12 Januari 2010, saya dan beberapa pegawai kanan LPJ ini telah menghadiri. Majlis Jasamu di Kenang untuk Y.Bhg. Dato’ Sri KSU/Chairman Dato’ Sri Zakaria bin Hj Bahari yang akan tamat tempoh kontrak di Kementerian Pengangkutan Malaysia pada penghujung bulan ini. Semasa ucapan terakhir beliau setelah menyampaikan salam dan terima kasih beliau kepada semua warga kerja LPJ atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Akhir kata, saya berharap dan mendoakan agar pada tahun 2010 ini LPJ akan lebih maju dan cemerlang!.

Wabilhitaufik Walhidaya, Wasalamualaikum.hbt


Persidangan Ketua-Ketua Polis Bantuan Malaysia

Persidangan Ketua-Ketua Polis Bantuan Malaysia Bersama Pegawai-Pegawai Kanan PDRM (APAC) ke-21 / 2009 telah berlangsung pada 2hb hingga 4hb Disember 2009 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. Pihak Lembaga Pelabuhan Johor telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan kali ini. Kemeriahan turut dirasai dengan penyertaan oleh lebih kurang 80 buah agensi Polis Bantuan dari seluruh Malaysia. Persidangan ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan daripada Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman serta wakil daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen 14 buah negeri di seluruh Malaysia

Antara program yang mendapat sambutan hangat pada persidangan kali ke-21 ini adalah Seminar Keselamatan yang dirasmikan oleh YB. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Antara lain Persidangan kali ini juga turut dihadiri dan dirasmikan oleh YDH Deputi Inspektor General Tan Sri Ismail Bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Harapan Ketua Polis Negara melalui persidangan ini, satu rumusan yang terbaik dapat dicapai dalam mempertingkatkan lagi usaha-usaha ke arah pencegahan jenayah yang lebih efektif di persekitaran tempat kerja agensi masing-masing. Peranan tersebut, secara tidak langsung akan dapat membantu PDRM membanteras kejadian jenayah yang semakin kompleks di negara kita. Melalui persidangan ini juga, beliau berharap dapat menyelesaikan permasalahan yang sering dihadapi oleh agensi-agensi Polis Bantuan di seluruh negara.

Dengan adanya persidangan seumpama ini akan dapat merealisasikan matlamat dan aspirasi Persatuan Polis Bantuan Malaysia ke arah menjalinkan hubungan yang lebih mantap dan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Click to listen highlighted text!