Kejohanan Tempin Boling Antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan Kejohanan Tempin Boling antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008 yang telah berlangsung di Ampang Superbowl, Pelangi, Johor pada 2 Mac 2008 dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulfakar Bin Rahmat, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor. Kejohanan Tempin Boling ini merupakan yang pertama kali diadakan oleh Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA). Untuk meraikan para tetamu dan peserta yang hadir, satu Majlis Makan Malam dan juga Majlis Perasmian telah diadakan di Hotel The Zon Johor Bahru pada 1 Mac 2008. Majlis makan malam ini telah berjalan dengan begitu meriah sekali ditambah lagi dengan persembahan-persenbahan tradisional oleh kanak-kanak dari Yayasan Johor.

Pada 2 Mac 2008 pula, kejohanan telah bermula pada jam 0930 pagi dan peserta-peserta yang hadir sungguh bersemangat. Walaupun baru pertama kali diadakan dalam sukan APA, kejohanan ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta yang mempunyai anggota Polis Bantuan. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dan sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori VIP, kategori perseorangan, kategori beregu dan kategori beregu campuran.

Johan untuk kategori VIP ialah Encik Abd Nasir Bin Abd Rahman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, naib johan ialah Tuan Hasbullah dari Agensi Polis Bantuan Malaysia (APA) dan tempat ketiga ialah Tuan Saifi Bin Haji Abd Hamid dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. Manakala untuk kategori perseorangan pula, gelaran johan dimiliki oleh Encik Bachok Bin Timin dari Lembaga Pelabuhan Johor A, naib johan Encik Othman Che Ros dari Johor Port Berhad A dan tempat ketiga Encik Mohd Fadzrul dari Semasa Sentral Sdn Bhd. Bagi kategori beregu dimenangi oleh pasukan dari Ibu Pelabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, tempat kedua pula pasukan dari Lembaga Pelabuhan Johor A dan tempat ketiga oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. Ketegori beregu campuran dimenangi oleh pasukan dari Johor Port Berhad A, naib johan Ibu Pejabat Daerah Seri Alam dan tempat ketiga jatuh kepada pasukan dari Malaysian Marine and Heavy Engineering. Kejohanan ini telah tamat pada jam 0630 petang dan semua peserta berpuas hati dengan kejohanan yang telah dianjurkan.

Satu lawatan tentang Penugasan Polis Bantuan Sektor Pelabuhan telah diadakan pada 3 Mac 2008 di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTPSB) bermula jam 0930 pagi. Peserta-peserta lawatan telah diberikan taklimat di bilik taklimat PTPSB mengenai tugas-tugas Polis Bantuan yang ditempatkan di kawasan pelabuan dan kaitannya dengan operasi-operasi yang dijalankan di pelabuhan. Setelah tamat sesi taklimat, peserta-peserta lawatan dibawa melawat menara peninjau PTPSB yang merupakan pusat kawalan trafik untuk kapal keluar dan masuk ke pelabuhan. Seterusnya peserta-peserta lawatan telah dibawa masuk ke dalam kawasan pelabuhan untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi yang dijalankan dan penempatan anggota-anggota Polis Bantuan. Peserta-peserta telah diberikan penjelasan yang lebih mengenai tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh anggota Polis Bantuan untuk melicinkan operasi dalam pelabuhan.

 

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1430 Hijrah

Pada 9 Mac 2009 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1430 Hijrah, sebahagian daripada warga kerja Lembaga Pelabuhan Johor telah menyertai majlis perarakan sempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat Pasir Gudang. Majlis ini telah dimulai dengan bacaan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan perarakan telah bermula dari hadapan Masjid Taman Cendana Pasir Gudang dan berakhir di perkarangan Masjid Jamek Pasir Gudang. Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Selain perarakan, majlis ini juga turut diselitkan dengan ceramah agama daripada penceramah jemputan. Turut serta dalam perarakan ini adalah agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat setempat.

Click to listen highlighted text!