Perjanjian tersebut di tandatangani berdasarkan keputusan kerajaan bertarikh 19 Disember 2008, di mana pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meminda beberapa terma dan syarat perjanjian Penswastaan Pelabuhan Tg. Pelepas. Pindaan adalah seperti berikut:-

  1. bayaran pampasan jika berlaku expropriation dikira mengikut fair market value berdasarkan kepada discounted cashflow;
  2. pusat timbang tara di tukar daripada Kuala Lumpur Regional Centre For Arbitrationkepada London Maritime Arbitrator’s Association;
  3. kadar sewa pajakan dari tahun 2000 hingga 2004 di tetapkan pada kadar RM2 juta setahun, dari tahun 2005 hingga 2009 sebanyak RM10 juta setahun dengan kenaikan sebanyak 10% setiap 5 tahun iaitu mulai tahun 2010;
  4. formula perkongsian hasil melalui threshold rental sebanyak RM1 bagi setiap TEU kontena yang melebihi 4.5 juta TEU setahun dan RM0.50 bagi setiap tan kargo bukan kontena yang melebihi 500,000 tan setahun.
  5. perbincangan dan penelitian oleh Kerajaan ke atas cadangan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. untuk membangunkan pelabuhan kontena yang baru di bahagian barat Johor.

 

Click to listen highlighted text!