Amanat Tuan Pengurus Besar LPJ Kepada Warga Kerja LPJ Untuk Tahun 2009

Assalamulaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua warga kerja LPJ.
Selamat menyambut Tahun Baru 2009. Bagi memulakan tahun 2009 ini saya telah meletakkan 10 resolusi bagi panduan saya dan juga warga kerja sekalian agar kita dapat sama-sama menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.

  1. Sentiasa Meningkatkan kecekapan (increase efficiency) – disemua peringkat pegawai/kakitangan
  2. Menyampaikan Idea yang kreatif dan inovatif
  3. Menekankan hasil kerja dan membuat keputusan
  4. Memahami nilai perbelanjaan/wang yang keluarkan (value of money)
  5. Menggunakan keupayaan berfikir (thinking capabilities) dengan mempunyai idea-idea baru dalam mempastikan perbelanjaan yang dilakukan ada hasil/berfaedah.
  6. Memastikan kita mencapai sasaran/matlamat yang sama dengan perbelanjaan yang kurang.
  7. Tidak ada penamat dalam mencapai kecemerlangan ( no full stop to achieving excellence)
  8. Kualiti adalah suatu perjalanan dan bukannya destinasi (Quality is a journey – not a destination)
  9. Pengurusan atasan perlu menunjukkan tauladan yang baik dan sentiasa berazam meningkatkan kualiti kerja
  10. Kualiti bermula dari atas (kepimpinan melalui tauladan).

Dengan adanya resolusi ini, saya berharap kita akan dapat bekerja dalam satu pasukan dan komited dalam melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.
Sekian, wassalam

 

Gaza Oh Gaza

Pada 16 Januari 2009, LPJ telah mengadakan satu siri penerangan berkenaan dengan Isu Gaza bertempat di Bilik Anjung Bahtera, LPJ bermula pada pukul 3.00 petang. Program ini merupakan salah satu daripada siri penerangan yang dikelolakan oleh Jemaah Islah Malaysia (JIM) Johor di bawah naungan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Muslim Negeri johor.

Penerangan mengenai isu Gaza ini telah d isampaikan oleh Yang Dipertua JIM Negeri Johor iaitu Ustaz Ainullotfi bin Abdul Latif. Program ini bertujuan menerangkan kepada semua warga kerja situasi sebenar masyarakat Palestin sekaligus memberi kesedaran kepada warga kerja tentang penderitaan yang dilalui masyarakat di sana.

Selepas penyampaian isu Gaza dan sesi soal jawab, Penolong pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Encik Khalid bin Hj Selamat telah menyerahkan kutipan sumbangan berjumlah RM871.00 hasil kutipan dikalangan staf LPJ untuk Tabung Dana Palestin. Namun begitu, kutipan sumbangan tersebut akan diteruskan lagi dan akan diserahkan ke Tabung Dana Gaza kemudian. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga LPJ dan berjalan lancar sepertimana yang telah dirancangkan. Program ini berakhir pada pukul 5.00 petang.

 

 

Click to listen highlighted text!