Objektif lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk meninjau pelaksanaan sistem GOE-EGDMS yang telah dilaksanakan di agensi tersebut sejak 2004.

Lawatan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pn. Che Amah Bt. Hussan. Taklimat yang disampaikan meliputi pengenalan kepada MADA serta pelaksanaan GOE-EGDMS di agensi tersebut.
Pada sesi taklimat tersebut juga, sesi perbincangan telah diadakan di antara LPJ dan MADA dan pihak MADA telah sudi berkongsi pengalaman bersama kami mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi sepanjang melaksanakan sistem tersebut serta faktor kejayaan pelaksanaan sistem GOE-EGDMS ini di agensi tersebut.

Setelah sesi taklimat dan perbincangan selesai, kami dibawa melawat ke bahagian khidmat pengurusan bagi meninjau pelaksanaan sistem ini di bahagian tersebut secara live. Bagi pihak Lembaga Pelabuhan Johor, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak MADA atas kesudian menerima kunjungan kami pada hari tersebut.

Lawatan ini diketuai oleh En. Khalid Hj. Selamat selaku Pen. Pengurus Besar (Khidmat Pengurusan & Kewangan) dan disertai oleh En. Mohd. Khamel Esa, Pn. Noor Rahayu Nasikon, En. Khairi Rosman dan Pn. Zainon Jaidon.

 

 

Click to listen highlighted text!