Pada 2 Mac 2008 pula, kejohanan telah bermula pada jam 0930 pagi dan peserta-peserta yang hadir sungguh bersemangat. Walaupun baru pertama kali diadakan dalam sukan APA, kejohanan ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta yang mempunyai anggota Polis Bantuan. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dan sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori VIP, kategori perseorangan, kategori beregu dan kategori beregu campuran.

Johan untuk kategori VIP ialah Encik Abd Nasir Bin Abd Rahman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, naib johan ialah Tuan Hasbullah dari Agensi Polis Bantuan Malaysia (APA) dan tempat ketiga ialah Tuan Saifi Bin Haji Abd Hamid dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. Manakala untuk kategori perseorangan pula, gelaran johan dimiliki oleh Encik Bachok Bin Timin dari Lembaga Pelabuhan Johor A, naib johan Encik Othman Che Ros dari Johor Port Berhad A dan tempat ketiga Encik Mohd Fadzrul dari Semasa Sentral Sdn Bhd. Bagi kategori beregu dimenangi oleh pasukan dari Ibu Pelabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, tempat kedua pula pasukan dari Lembaga Pelabuhan Johor A dan tempat ketiga oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. Ketegori beregu campuran dimenangi oleh pasukan dari Johor Port Berhad A, naib johan Ibu Pejabat Daerah Seri Alam dan tempat ketiga jatuh kepada pasukan dari Malaysian Marine and Heavy Engineering. Kejohanan ini telah tamat pada jam 0630 petang dan semua peserta berpuas hati dengan kejohanan yang telah dianjurkan.

Satu lawatan tentang Penugasan Polis Bantuan Sektor Pelabuhan telah diadakan pada 3 Mac 2008 di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTPSB) bermula jam 0930 pagi. Peserta-peserta lawatan telah diberikan taklimat di bilik taklimat PTPSB mengenai tugas-tugas Polis Bantuan yang ditempatkan di kawasan pelabuan dan kaitannya dengan operasi-operasi yang dijalankan di pelabuhan. Setelah tamat sesi taklimat, peserta-peserta lawatan dibawa melawat menara peninjau PTPSB yang merupakan pusat kawalan trafik untuk kapal keluar dan masuk ke pelabuhan. Seterusnya peserta-peserta lawatan telah dibawa masuk ke dalam kawasan pelabuhan untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi yang dijalankan dan penempatan anggota-anggota Polis Bantuan. Peserta-peserta telah diberikan penjelasan yang lebih mengenai tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh anggota Polis Bantuan untuk melicinkan operasi dalam pelabuhan.

 

Lawatan Kerja Pegawai Lembaga Pelabuhan Johor ke Felda Johore Bulkers (FJB)

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Felda Johore Bulkers (FJB) pada Khamis, 27 Mac 2008. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Operasi dan Kawal selia iaitu En. Damon Nori Bin Masood serta diiringi pegawai Lembaga Pelabuhan Johor.

Objektif lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada pegawai-pegawai LPJ mengenai perjalanan operasi syarikat FJB yang menjalankan operasinya di dalam kawasan Pelabuhan Johor.

Lawatan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Operasi FJB, Tn. Hj. Kamaradin Bin Selamat. Taklimat yang disampaikan oleh Tn. Hj. Kamaradin ini meliputi penerangan mengenai syarikat FJB dan core business yang dijalankan iaitu sebagai depot penyimpanan dan pengendali minyak makan berasaskan sayuran (vegetable oil based products). Selepas sesi taklimat dan pertukaran cenderahati, pegawai-pegawai LPJ telah dibawa melawat ke makmal penyelidikan dan pengawalan kualiti minyak serta dibawa juga melawat bilik kawalan operasi.

 

Minggu Sukan Dalaman IV Lembaga Pelabuhan Johor 2008

MINGGU SUKAN DALAMAN KE IV telah diadakan dari 24 Februari hingga 01 Mac 2008. Minggu Sukan Dalaman kali ini mempertanding acara Paintball, Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring, Badminton dan permainan dalaman seperti Karom, Dart dan Scrabble. Minggu Sukan Dalaman ini melibatkan semua wargakerja LPJ dan pada tahun ini Sukan Dalaman diadakan bagi mencungkil bakat – bakat baru untuk diketengahkan di dalam mewakili LPJ di dalam Sukan Muhibah yang akan diadakan pada bulan Jun 2008.

Selain itu, aktiviti ini dapat membentuk warga kerja yang sihat melalui aktiviti sukan yang mana akan menjana perkembangan kepada idea – idea yang bernas untuk kemajuan organisasi dan mengalakkan aktiviti bersukan dan beriadah di kalangan warga kerja Lembaga Pelabuhan Johor. Keputusan penuh Minggu Sukan Dalaman adalah seperti berikut:

JUARA KESELURUHAN : DOLPHINE
NAIB JUARA : PAUS
KETIGA : TODAK
KEEMPAT : JERUNG

Majlis pelancaran telah diadakan pada 28 Februari oleh Tuan Pengurus Besar LPJ. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan serta Bahagian Khidmat Korporat dan Pembangunan.

Click to listen highlighted text!