Penganugerahan ini melibatkan seorang Sab Inspektor dan 8 orang Lans Koperal yang terdiri daripada anggota yang berpengalaman dan memberi perkhidmatan cemerlang serta lulus dalam ujian atau peperiksaan yang disyaratkan oleh jabatan. Penganugerahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengurus Besar LPJ iaitu Tuan Hj. Zulfakar Bin Rahmat dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitanga LPJ.


Lawatan Kerja Pegawai LPJ ke Pejabat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke pejabat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Menara MSC Cyberport, pada Selasa, 22 Januari 2008. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Operasi dan Kawal selia iaitu En. Damon Nori Bin Masood serta diiringi oleh 12 orang pegawai Lembaga Pelabuhan Johor.

Objektif lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk memperkenalkan Lembaga Pelabuhan Johor serta pegawai-pegawainya kepada pengurusan IRDA serta mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama yang dapat dibentuk antara LPJ dan pihak IRDA selain ingin mengetahui perkembangan Wilayah Pembangunan Iskandar. Di samping itu juga objektif lawatan adalah untuk mengenal pasti peranan LPJ sebagai badan kawal selia pelabuhan yang terletak dalam kawasan WPI.
Lawatan ini telah dimulai dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Persekutuan IRDA, En. Ismail Ibrahim. Taklimat yang disampaikan oleh En. Ismail Ibrahim ini meliputi perancangan pembangunan prasarana WPI termasuklah dari sudut pembangunan prasarana dan pembangunan sosial ekonomi. Di dalam taklimat ini juga beliau dan pegawai-pegawai LPJ sering bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai pembangunan WPI.

 

Lawatan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Pejabat Johor ke Terminal Feri Tanjung Belungkor

Pada 7 Januari 2008 (Isnin), TFTB telah menerima lawatan dari Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Pejabat Johor dalam programnya ‘Mengemaskini Produk Pelancongan Daerah Kota Tinggi 2008’. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan Pelancongan Negeri Johor iaitu Encik Mohd Faharuddin bin Hitmin.

Lawatan tersebut telah berjalan selama 3 hari bermula 5 Januari 2007 di Homestay Felda Semenchu dan berakhir di Terminal Feri Tg. Belungkor sebelum menaiki feri MV Tomcat untuk ke Stulang Laut. Di Terminal Feri Tanjung Belungkor, peserta telah berkesempatan untuk mendengar taklimat mengenai terminal tersebut daripada Pen. Pengurus Besar (Operasi dan Kawalselia), En. Damon Nori Bin Masood.

Antara tempat-tempat yang menjadi kunjungan peserta lawatan ini sepanjang 3 hari termasuklah Bujang Firefly, Crocodile Farm, Desaru Fruit Farm, Hotel-Hotel di sekitar Desaru, Ostrich Farm, Restoran Seafood di Sungai Rengit dan sebagainya.
Kira-kira seramai 40 orang peserta lawatan yang terdiri daripada pihak media dari Malaysia dan Singapura, wakil-wakil agensi pelancongan Negeri Johor dan warga kerja jabatan pelancongan telah mengikuti lawatan tersebut.

Di dalam lawatan 3 hari tersebut, peserta telah diberikan tugasan untuk mempersembahkan beberapa pakej yang boleh menarik minat pelancong untuk ke Daerah Kota Tinggi dengan memasukkan agenda lawatan ke tempat-tempat menarik di Daerah Kota Tinggi di dalam setiap pakej yang ditawarkan.

Click to listen highlighted text!