Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

LPJ TERIMA ANUGERAH TERTINGGI GAIA 2021/2022
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Johor Bahru, 17 Oktober 2022 – Bangunan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah diiktiraf sebagai penerima anugerah tertinggi Green Accord Initiative Award (GAIA) 2021/2022 di bawah kategori Hartanah Individu.  Anugerah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor bersama Yang Berhormat Dato’ Dr. Badrul Hisham Bin Kassim, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Majlis Penganugerahan GAIA 2021/2022 telah diadakan di Hotel Opero menyaksikan penerimaan anugerah oleh Pengurus Besar LPJ, Tuan Kamaruzaman bin Hj. Munasir.

GAIA merupakan satu inisiatif oleh IRDA yang memberi penghormatan kepada organisasi perniagaan yang cemerlang di Iskandar Malaysia yang telah menyumbang ke arah penggunaan rekabentuk, perancangan, pengubahsuaian dan operasi yang mampan dalam persekitaran binaan. 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image