Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Penyataan Polisi - Pelan Antirasuah Organisasi
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan Polisi Antirasuah LPJ dengan rasminya telah dilancarkan oleh Tuan Pengurus Besar, Encik Muhammad Razif Bin Ahmad pada tarikh 17 November 2020.

Selain menandatangani Polisi Antirasuah LPJ,  Tuan Pengurus Besar juga telah menyerahkan buku OACP kepada  Penolong-penolong  Pengurus Besar iaitu dari Bahagian operasi & Kawalselia, Bahagian Khidmat Koporat & Pembangunan, Bahagian khidmat Pengurusan & Kewangan serta Naib Pengerusi  Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang mewakili pihak wargakerja.

Penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan Polisi Antirasuah LPJ ini adalah langkah tepat selaras dengan pelan Anti Rasuah Nasional atau National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2023 dalam membuktikan kepada masyarakat bahawa integriti, etika dan nilai moral adalah budaya penyampaian perkhidmatan warga LPJ.

Adalah diharapkan, OACP dan Polisi Antirasuah ini menjadi elemen penting kepada LPJ dalam menyampaikan perkhidmatan yang baik dan berintegriti.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image