Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Program CSR LPJ Cares - Bantuan Barang Keperluan Disinfeksi Bagi Mencegah/Membasmi Covid-19 Kepada Sekolah-Sekolah Angkat LPJ
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

 

26 Julai 2020, PASIR GUDANG – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui agenda LPJ CARES bagi menyalurkan bantuan berupa barang keperluan sanitasi sekolah bagi mencegah/ membasmi ‘Covid 19’ kepada sekolah-sekolah angkat LPJ di sekitar Pasir Gudang, Johor.

Antara matlamat program ini adalah untuk menjamin keselamatan pelajar-pelajar sepanjang berada di sekolah di samping memastikan langkah keselamatan dipatuhi mengikut saranan SOP yang telah ditetapkan. Usaha ini juga dapat membantu meringankan beban pihak sekolah dalam proses penyediaan peralatan dan kelengkapan mengikut keperluan SOP pembukaan sesi persekolahan yang melibatkan kos yang tinggi.

Sebanyak 14 buah sekolah telah menerima bantuan berbentuk barang keperluan seperti bekalan pelitup muka, termometer, cecair pencuci tangan, cecair pembasmi kuman dan pelindung muka. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Taman Nusa Damai, SK Taman Pasir Putih, SK Pasir Gudang 3, SK Pasir Putih, SK Cahaya Bahru, SK Tg. Puteri Resort, SMK Taman Nusa Damai & SMK Kota Masai 2.  

Atas keprihatinan pihak JPA, program ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos perbelanjaan pihak sekolah dalam penyediaan barang keperluan disifeksi disamping memastikan pelajar-pelajar sentiasa mengamalkan norma baharu mengikut perkembangan semasa dalam usaha menghapuskan rangkaian ‘Covid 19’.

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image