Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Lawatan Rasmi Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Malaysia
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

 

20 Julai 2020, Pasir Gudang – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menerima satu lawatan rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (KPKK), YBhg. Tuan Ravi Muthayah. Beliau telah hadir bersama-sama delegasi mewakili Lembaga Koko Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian.

Kunjungan yang berlangsung selama dua jam itu bermula dengan taklimat mengenai LPJ yang disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad selaku Pengurus Besar LPJ dan taklimat Johor Port Berhad (JPB) oleh Encik KC Low.

Kunjungan rasmi ini diakhiri dengan lawatan ke Johor Port Berhad untuk meninjau kawasan Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas pada keesokan harinya.

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image