Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Taklimat Berhubung Dengan Perkembangan Terkini Prosedur Operasi Standard (SOP)/Peraturan Agensi Kerajaan Semasa PKPP
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

27 JULAI 2020, PASIR GUDANG- Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Laut Wilayah Selatan  dan Jabatan Imigresen Malaysia telah menganjurkan satu taklimat kepada semua pengguna pelabuhan di Dewan Nakhoda, LPJ. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pengguna pelabuhan berkenaan maklumat terbaru prosedur operasi standard (SOP) /peraturan agensi kerajaan yang terkini semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ianya merupakan taklimat yang kedua rentetan daripada taklimat pertama yang telah dilaksanakan sebelum ini pada 27 Februari yang lepas.

Dianggarkan 80 orang telah hadir ke taklimat ini yang terdiri daripada operator pelabuhan, pengusaha jeti persendirian dan wakil-wakil daripada persatuan pengguna pelabuhan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil daripada KKM iaitu Dr. Nur Sujaihah Hanafi, Pegawai Perubatan, Unit Kesihatan Pintu Antarabangsa Johor Bahru, Encik Rashiddin bin Rahmat, Timbalan Penolong Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia (Puteri Harbour) dan wakil daripada Jabatan Laut Wilayah Selatan (Pasir Gudang) iaitu En Alias bin Jaafar. Dalam taklimat ini, kesemua pihak diminta untuk sentiasa peka dengan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau agensi kerajaan dari semasa ke semasa demi mengekang penularan wabak Covid-19 bersama.

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image